Khamis, Disember 31, 2009

Selamat tinggal 2009 dan selamat datang 2010.

salam semua...dah lama aku tak mengupdatekan blog aku nie yer...dah penuh sawang, bukan sawang jer hutan lalang semua dah tinggi setinggi rumah aku nie...hari nie terupdate juga setelah sekian lama menyepikan diri dari dunia blog ini...kebetulan hari ini aku tak berapa sibuk sangat, cuma masih kepenatan coz baru balik dari bercuti...biasalah nak habiskan cuti tahunan...

kebetulan pulak harini adalah hari2 terakhir untuk tahun 2009...tinggal beberapa jam sahaja lagi tahun 2009 akan melabuhkan tirai nya..dan kemunculan tahun 2010..pelbagai kejadian suka duka sedih dan gembira berlaku di tahun 2009.Antara kejadian paling sedih di thn 2009 yang paling aku tak dapat lupakan ialah tanggal 20 April 2009 iaitu kembalinya arwah datuk kesayangan aku kerahmatullah dalam suasana yang agak terkejut bagi kami sekeluarga...tetapi kami semua redha dengan pemergian beliau...

kenangan manis juga banyak berlaku dithn 2009...itu semua masih segar diingatan.. di penghujung tahun 2009 aku menutupkan tirai 2009 dengan membawa anak2 aku dan keluarga ku dari penang bercuti di negeri che siti wan kembang (kelantan)..mmg kelaurga aku shopping tak hingat dunia..almaklumlah barang2 mmg murah disana...nanti aku story lain tentang percutian kami sekeluarga disana....Kira thn 2009 bagi aku penuh dugaan dan cabaran untuk aku tempuhi bersama keluarga.Pada tahun ini juga aku sebagai seorang pekerja telah kehilangan seorang majikan yang sangat disegani dan baik hati..kehilangan seorang majikan yang 1 dalam sejuta iaitu seorang bos perempuan yang tidak cerewet dan terlalu baik hati dengan setiap orang terutama pekerja2 beliau..1hari sebelum umat islam meraikan hari raya aidiladha, kami staff dikhabarkan berita sedih iaitu dengan kembalinya Arwahyarhamah Ar. Dato' Jimas binti Chik setelah genap 40 hari beliau terlantar sakit dan dirawat di HTAA Kuantan.

Disini juga aku nak mengucapkan selamat tinggal 2009 dan selamat datang 2010..semoga dengan kedatangan 2010 ini nanti akan memberi banyak lagi sinar kebahgian kepada kami sekeluarga dan mempermudahkan jalan rezeki kepada kami sekeluarga..amin...apa azam tahun baru korang semua????? aku? heheheh azam thn 2009 pun belum habis dapat ditunaikan lagi..masih lagi ada yang tertangguh..nantilah aku pikirkan lain azam thn 2010....
oklah apa2 pun HAPPY NEW YEAR 2010...SELAMAT DATANG 2010.Jumpa laggiiii yerrrrrrrrrr..


MaMa PaDa 2 OrG PuTeRi

Khamis, November 12, 2009

My New Baby

Tak sangkakan dalam diam2 tetiba ada baby baru, baby boy gitu...takderlah ini bukan baby aku, nielah anak saudara aku yang ke 5..nama baby nie Muhammad Haziq, dilahirkan pada 14 oktober 2009 seberat 2.18kg...kecil nyer haziq, ekceli gamabr nie dah lama ambk cuma tak terinagt nak publish...Haziq nie dijangka lahir pada 26 oktober tapi disebabkan tarikh 14 oktober tu mak sedara dia yang jauh nie nak balik sana so dia pun gegas nak kuar tgk maklang dia nie...

cute jer tgk muka dia dah la kecik molek putih plak tu..

masa akak ipar aku nagndung scan mmg baby girl, tetiba masa kuar boy....see Tuhan tu maha berkuasa....itu yang set tilam dia warna pink, bertukar dgn aku dulu, masa scan mmg boy aku dah siapkan kelengkapan untuk boy, banyak baju warna biru dan hijau, sekali kuar baby girl juga.
bila tengok baby, rasa cam nak baby lagi, especially boylah,yerlahkan aku dah ada 2 puteri nak juga puterakan...seronok jer tgk...terutama bau baby tu mmg bestlah tak dapat nak gambarkan bau baby tu cam ner, tapi bila memikirkan nak terima sakit waktu nak bersalin dan berpantang tu yang rasa cam tak nak jer...kalau dapat peluk baby cam nie mmg teringin nak baby lagi....tak per apa2 pun pikir kemudian, concentrade dengan 2 puteri yang tengah membesar nie dulu. 2org nie pun dah buat kepala bikin pusing2 gitu.
heheheh my hubby nak pegang tapi dia takut sebab kecil sangat, dapat usap pegang2 sikit pun jadilah.."abg nak baby ker?" hehehehe...ayat power tu..

alahai kecik nyerlah..seronoklah pegang besar2 cam gini, padanlah dengan mama haziq yang kecil molek tukan.


dah rasa cam baby sendiri jerkan...kuingkuingkuing...

tak per2 tumpang baby sedara takper...konon2nyer ambik berkatlah mana tau kut2 pasni rezeki Allah bagi dapat baby boy plak kan...tapi rasanyer lambat lagilah kut..kihkhikhihkhih...okey Haziq maklang doakan haziq jadi anak yang soleh dan berguna yer....nanti bila maklang dan family balik sana lagi kompom haziq dah besarkan...
MaMa PaDa 2 OrG PuTeRi

Ahad, November 08, 2009

Disebabkan hasutan aku mengalah

Waaaaaaa tajuk bukan main lagi disebabkan hasutan tu...hasutan apa pulak tu?heehehehehe...Ini semua gambar dah basi..tetapi memandangkan ia masih berada dalam kamera aku dan belum di paparkan disini maka dgn itu aku akan update story makan2 masa aku balik ke penang hari tu...ini bukan cerita raya tapi kejadian ini dibuat di hujung2 raya hari tu...kikhikhihkhi....apa kes gitu...lagi pun time balik raya aritu aku n family tak berkesemaptan untuk buat BBQ raya, selalu nyer setiap tahun time weouls berkumpul raya, kami semua akan buat BBQ raya sama ada hari raya ke3 atau ke4...memandangkan thn nie semua agak sibuk dgn beraya kehulu dan kehilir dan aku plak raya ke4 balik ke kelantan jadi BBQ raya tak dapat di buat....nak dijadikan cerita selepas 1 mgu aku cuti raya di penang, balik kekuantan semula dan bekerja, hubby ditugaskan berkursus di penang selama 2 minggu...waaaaa bestlah dia tinggallah aku ngan anak2 di kuantan selama 2 minggu...yerlahkan nak joint sekali tak bolehlah baru jer keja seminggu takkan nak cuti panjang pulak kan...dah lah cuti raya hari tu 10 hari bercuti...silap2 hari bulan masuk keja jer dapat surat, haaa sapa nak jawab tu..kompom soru miss nanti ....
Disebabkan hubby kursus kat butterworth dia duk umah mak aku, so hasutan kepala otak dia agak kuat untuk aku...hari2 dia hasut aku suh cuti balik sana, hari2 dia citer mak aku masak sedap2....mmg tak tahan dgn godaan betullah...akhirnyaaaaaaaaaa aku buat keputusan untuk ambik cuti juga...uwwaaaa cuti dahlah tgl sikit ambik cuti lagi...tak pikir panjang dah terus jer isi borang cuti, cuti dah apply terus aku gie beli tiket untuk balik ke penang...ini dikira 1st time aku balik penang naik bas bersama anak2..punyalah berdoa jgn bagi anak2 buat hal ker aku ker buat hal..yerlah mana tau tetiba anak2 buat najis besar ker naya nak suh bas berhenti untuk basuh,mana tau tetiba hari nak balik sana tu aku dikejutkan dgn insiden sakit perut ker...semua tu masalah tu...kuing kuing kuing kuing...
tapi tak per perjalanan aku adalah malam, so bila malam dah tentu anak2 akan tido jadi masalah taklah berat sangat....hari ygn di nanti dah tiba, Aqisya paling seronok sekali naik bas...dulu time dia kecil2 mmg aku selalu balik ke penang dengan bas..bila dah bertambah nie susahlah sikit nak bergerak dgn bas..perjalanan dari Kuantan ke Penang ambik masa dalam 8-9 jam...mmg tired sesangat...apa2 pun selamat sampai dan pulang dah yer....

ok, bila dah balik sana, planning terus dijalankan, weouls buat BBQ raya sekali sambut besday family dan ayah aku...kira besday ni weouls buat untuk semua sekali...juadah biasa2 jer...ada laksa, ayam panggang, udang bakar, udang goreng tepung, ayamg goreng tepung, nugget , ikan bakar, buah2an, desert puding sebagai pencuci mulut,kek.....mmg bestlah kan sesekali buat macam tu...

ini sebahagian hidangan yang disediakan, kek tu dah siap tulis "happy besday for would family" kira sambutan besday untuk semua org sekali...tapikan kek yang aku beli tu mmg sedap sgt..kek apple bluberry....pendek kata mmg bestlah semua org kata sedap
biasalah kan kalau dah ada kek ofcozlah anak2 aku akan lebih interprem...
ikutkan itulah besday boy nyer...my father..tapi biasalah kan anak dan cucu2 yang terlebih sikit...aku pun joint juga nak interprem.


ini wakil dari family aku...besday semua sekali..

eh baby sapa plak nie....baru nak belajar jalan ker Alyssa...


haaa inilah org2 kuat yang mengendalikan bahagian bakar membakar...tiap2 tahun mereka ditugaskan untuk bakar membakar..

bakar yer jgn tak bakar...jgn sampai hangus dah la..eleleeee en.anuar nie malu2 plak..eee dey pegi daaaa


sedappp nyer...tetiba jer rasa cam nak makan ayam percik mak aku nie...



ini hidangan untuk kanak2 yang sememang nyer tak makan pedas..

taadaaaaaaaaa..dah siap sebahgian nyer..nampak tak tu desert puding yang dalam mangkuk tu...haaa tu lah dia puding sonata...mmg best dan hilangkan dahaga...






camnilah kalau berjumpa antara sepupu2 semua nie..malam tu diaorng lah yg paling kecoh sekali...


kira hari tu tertunai sudah BBQ raya bagi thn ini...jadi nyer cuti pun berbaloikan.....itulah disebabkan hasutan hubbylah aku balik penang semula..alhamdulillah perjalanan kami semua nyer selamat..aku pulang ke kuantan bersama2 hubby...tgu sampai dia ahbis kursus di sana hari tu...lepas nie boleh balik sana naik bas, anak2 aku very sporting...seronok jer diaorng naik bas..ok kakak nanti kita boleh balik umah maktok dgn bas lagi...
MaMa PaDa 2 OrG PuTeRi

Rabu, Oktober 28, 2009

Kiriman dari org Jauh

Hehehehehee......apasal gelak2 nie...tetiba jer gelak sensorang nie...dah sawan ker aku nie..patutlah dah lama tak update rupa nyer sawan..duk tak duk gelak sorang2...kihkhihkhihkhi...bukan tak nak update tapi no ideal lah...hari2 terjah tgk blog kawan2 seronok jer berupdate, aku plak asal buka jer tak tahu nak citer apa....padahal gambar2 banyak nak di masukkan cuma idea tak mali looohhhhh...hari nie aku akan cuba mengaktifkan kembali yer insyaAllah akan ku cuba....
dah lama nak update nie, hari tu sahabat yang asal kenal dari alam maya ini tetapi sudah jadi seakrab nyer ada hantar kuih kat aku..kata neyr kuih tu sedap bagi nyer..so dia pun hantar lah kat aku satu nk bagi rasa...terima kasih bebanyak lah Zu...jasa mu dikenang...mmg sedap, dia hantar kerepek bawang kat aku...kuih tradisional tu dari kedah...Zu oder dari kawan dia..tapi mmg sedap pun rasa kuih bawang tu...tambah2 mengunyah sambil tengok tv, sedar2 dah separuh bekas....Alyssa paling suka nie, dia cakap keropok....Zu nanti boleh hantar lagi yer...(zu kata melampau nie) kuing kuing kuing....



Nielah haaaa bungkusan yang di hantar tu...

sapa2 nak oder boleh nanti aku bagi tau zu...tapi mmg sedap tau...

yang best nyer siap ada surat lagi tu...Zu, surat tu lieza simpan dalam fail buat kenangan.
alamak cam na nak penutupnya yer..mmg tengah mati idea..oklah sadaqallah hul azim..sekian terima kasih....boleh yer gitu..

MaMa PaDa 2 OrG PuTeRi

Rabu, Oktober 07, 2009

Raya di Genting Highlands

Tak tahu sangat nak update apa....gambar2 banyak tersimpan..kihkihkhikhih...oklah hari nie aku update tentang persinggahan di genting highlands time ontheway balik dari penang ke kuantan hari tu...asal nyer dah lama planning nak menyinggah sini kalau balik penang, tapi asyik balik malam jer, kul 1 pagi lebih baru ada kat kawasan nie, manalah skyway nie buka dahkan..kalau ada pun kompom che ponti yang naik, nak ker naik dgn che ponti..heeeee simpang malaikat 44 wei...hari tu balik dari kuantan ke penang siang, so anak2 aku bila tgk mulalah sibuk nak naik juga..disebabkan dalam bulan puasa dan hati masing2 ingin cepat berada di kampung untuk beraya tak dapeklah nak menyinggah nyer...pehal lah nak naik atas tu dalam bulan puasa, kurang pahala puasa kalau gie atas tu..so cakap lah kat dua beradik tu nanti kita balik dari umah maktok bolehlah pergi sekarang tak boleh...hubby pun cakap setuju kalau camtu...


dari Penang kami bertolak dalam area kul 10 pagi jugalah singgah umah tok aku kat Sg.Dua kejap, berhenti hentian juru untuk topup minyak....biasalah perjalanan jauh harus ada persediaan yang lengkap...macam biasa hentian tapah menjadi pilihan kami untuk berhenti rehat..org jgn cakaplah mmg ramai, kebanyakkan mmg org akan berhenti di situ, kelengkapan dia mmg komplik, nak solat senang, mandi ker salin pampers anak2 memang disediakan lengkap. Cuma yang leceh tu sebab ramai sangat...tapi tak der hal lah pandailah cari tempat yang selesa...



lepas semua settle makan, solat, salin baju anak2 semua barulah teruskan perjalanan, hubby cakap kalau sampai awal dan cuaca ok kita singgah, so bila sampai situ cuaca mmg ok dan baru kul 4 ptg..perjanjian ditunaikan...tiket dah naik harga gitu...dulu kalau tak salah 2way 8 hinggit tapi sekarang 2 way 10 hinggit dah untuk seoranglah...tapi tak mahal mana sangat oklahkan..kalau nak murah jalan kakilah yer...

ini time turun, Alyssa pun dah ngantuk time tu..




sampai atas sana waaaaaaaa ramai juga wei...ingatkan time raya2 nie tak ramai rupa nyer ramai jugaaaaa...siap ada rombongan pakcik makcik lagi tu....bila dah terlalu ramai kita plak jadi susah nak bergerak sangat...jalan2 ambik udara yang sejuk , bergambar apa yang patut, weols pun turun..lagi pun jam dah menunjukkn kul 6 lebih dah ..perjalanan masih jauh....nantilah kita planning datang bercuti di genting highlands lain ..



tgk berdua tu macam kembar dah aku tgk...baju jgn kata apalah mmg nak kena sama...kalau tidak adik nk baju kakak , kakak nak baju adik...eh tapi baju tu mak mas(mak ngasuh) yang belikan...thanks mak mas..cantik warna dn sesuai dengan anak2 mak tu..


see sama besarkan.....seronok tengok keceriaan berdua nie...

nie kat luar, tapi Alyssa nie susah kalau nak suh dia bergambar, dia mmg kurang minat denagn bergambar, ada2 jer alasan bila ank ambik gambar dia...mmg tak duk diam sungguhlah kaalu nak ambik gambar dia..


first world hotel...hotel nie mmg paling banyak bilik dan paling ramai org menginap disini..

tak dapat nak main outdoor dapat main indoor pun oklah...


nie dah nk balik....

ok kita planning elok2 untuk bercuti disana...sebenarnya dalam pala hotak nie macam2 tempat nak gie bercuti cuma masa dan keadaan jer belum mengizinkan lagi...masih lagi ditangguhkan..hubby aku tu lah asyik sibuk jer memanjang...lepas raya nie banyak plak jadual kerja luar..seminggu jer melekat kat umah dah gie kursus kat butterworth semula selama 2 minggu...tinggallah kami bertiga..tak per abang tunggu kepulangan bini dan anak2 abang nie minggu depan yer....kihkihkhihkhih....weols balik rabu malam key....
"boleh tak kalau nak sambung shopping2 lagi kat jusco sana abang?" "tak pun kita sambung shopping2 kat kelantan"? larikkkkkkkksssssss kompom hubby kata BOLEH...BOLEH BLAH....
MaMa PaDa 2 OrG PuTeRi

Khamis, Oktober 01, 2009

Cerita di Kelantan

Masih dalam mood raya lagi, lagu2 raya masih lagi kedengaran di corong2 radio dan juga pasaraya....biasalahkan dah Puasa sebulan haruslah raya juga sebulan,kihkhikhihkhih..raya2 jugakan kerja harus diteruskan....curi2 time nie nak update gambar beraya di Kelantan, tapi gamabr taklah banyak mana pun...Raya ke4 aku balik Kelantan, dah lama tak balik sana, banyak sangat perubahan yang berlaku especially nyer dalam bandar kota Bharu jalan semua dah oneway...tengok berapa lama dah tak balik sana?Dah lama juga tak ziarah sedara mara belah hubby, hari tu weouls balik ikut Grik ke Jeli dan terus ke Ketereh..sedara mara di ketereh semua kami kunjung, yang sadis nya kami singgah umah arwah dan juga umah hubby yang tiada penghuni itu...sayang nyer rumah besar tapi tiada org duduk, biasalah kan kalau main ngan anak2 yang hanya nampak pada harta peninggalan tapi tak menguruskan susah juga....mula tu mmg aku suggestkan tinggal jer kat umah tu malas nak duk umah sedara mara, tapi hubby cakap umah tinggal lama nanti ada org lain tumpang sekali...heeeee taknaklah aku...
dah jumpa sedara mara di kampung semua kami terus menghala kebandar kota bharu untuk mencari tempat menginap...alahai semua hotel penuh, nampak sangatlah ramai org luar turun ke kelantan nie time raya2...puas pusing cari hotel, last2 dapat jugalah budget hotel kat area pasar siti khadijah...budget pun oklah janji boleh tido dan mandi segala bagai semua...alah kat area suria hotel tu..sapa pernah perasan suria hotel pasti tahukan....murah jer bilik dia ada 2 katil besar bagi aku mmg selesalah harga dia RM70 pernight..seeeeee murahkan, lagi plak dalam area town tu cuma nyer jauh sikit lah dari tempat kegemaran aku iaitu Wakaf Che Yeh...tak per tak kisah itu semua boleh di atur, janji boleh tido dgn selesa. Lepas semau dah mandi, solat bagai lepak makan kejap kat bilik dalam area kul 10mlm lebih gitu kami gie terjah wakaf che yeh...makkkkkkkkkk aiiiiii org punyalah ramai, kebanyakkan mmg org luar,ingatkan time raya2 nie kuranglah org rupa neyr wakaf che yeh nie mmg tak pernah lekang dari org ramai...sempatlah aku borong segala bagai, baju ngan tudung jgn cakaplah mmg murah, kat sana selain aku cari baju tudung semua aku suak makan sotong kering yang dibakar dan makan dgn sos, tapi malam tu tak der, kempunanlah sekejap...tak per kita rancang lain untuk turun kembali kelantan..kami balik pun dah lewat area kul 12 lebih juga itu pun sebab anak2 dah buat perangai ngantuk, kalau ikut hati mama diaorng nie nak jer duk sampai tutup wakaf che yeh tu...
Esok nyer bangun awal jugalah untuk teruskn misi merantau umah sedara mara, sebelum tu singgah arked dan juga pasar siti Khadijah, ada barang2 yang aku nak cari untuk mak aku....makan semau dlam kul 12 tengahari baru teruskan umah sedara mara,ada dalam 3-4 umah juga kami jenjalan, nak ke Kuala Krai takut jame, dah settle semua kami pun bertolak balik, tapi jalan mak aiiii mmg jame area tanah merah, machang....destinasi persinggahan kedua kami di bukit bunga....itu pun port wajib kami singgah kalu balik ikut grik jeli..kul 4 lebih juga baru kuar dari bukit bunga...Ya Allah org punyalah ramai, nak parking pun susah dengan panas nyer..
nie masa singgah makan..Qisya tunjuk best sebab dapat apa yang dia nak, usung 3 biji bantal besar upin ipin apa lagi seronoklah...penuh keta dgn bantal diaorang jer..


nie masa nak giee arked dan pasar siti khadijah, semapt lagi posing kat sini pada hal selalu dah datang sini....


nie kat area istana lama, aku suka tgk gamabr nie, tapi alahai awat Alyssa pakai kasut tu sepoi jerlah....


gamabr nie pun aku suka..tapi baju adik plak nampak seting sikit.alahai cepat tinggi ker anak mama nie masa beli hari tu baju paras bawah lutut sekali raya pakai dah atas lutut...


Nie masa dalam bilik lagi ..nielah bilik murah tu tapi selesa...ada 2 katil besar kira bilik nie deluxe...muka anak2 pun mmg muka bangun tido lagi...




Anak dara aku yang sulung nie mmg kaki posing...ada saja gaya nyer...nie aksi ala2 lentok gitu..


Gigi dah gosok okey..see putihkan...

weouls sampai ke penang semula malam tu dalam kul 10 mlm lebih juga..letih wei, masa kami sampai tu umah aku baru clear dari tetamu...sian mak aku layan tetamu sensorang dia penat tu..mak aku cakap hari tu sehari kawan2 adik aku ngan kawan2 ayah aku ramai datang bertandang.....mana tak letih nyer tapi tak perkan bukan selalu, time cam nielah dapat jumpa semua dan dapat mengeratkan kembali tali silaturrahim....okey nanti kita story tentang cerita di genting highlands pulak, raya di genting..hehehehehe..
MaMa PaDa 2 OrG PuTeRi

Rabu, September 30, 2009

Rumah ker Gua nie

Ayoyoyoyo....ini rumah ker gua nie banyak gelap.Mana ini tuan rumah pergi daaaaaaaaaa...aiseh banyak nyer sawang umah aku nie...hari nie barulah berkesempatan untuk aku membersih umah aku ni kembali ......buka segala tingkap semua lap segala bagai bagi nampak bersih...haaaaaaaa kan dah cerah kembali umah aku nie...minta maaf lah almaklumlah masih mood raya so banyak makan2 lagi sehinggakan aku tak sempat nak buka tingkap umah aku nie...seronok jer tengok semua org dah update kisah2 raya kan...bermacam2 cerita aku baca...seronok jer baca gelagat raya korang2 semua..dah dalam mood raya lah katakan so harus semua menceritakan tentang raya masing2..tak kurang juga dengan aku nie...macam biasa seperti semua sedia maklum aku balik raya ke penang lagi thn nie..thn nie lebih meriah sedikit coz ahli keluarga dah bertambah, so bila ahli keluarga bertambah duit raya juga harus bertambahkan..
Pagi raya semau siap2 berkumpul umah tok aku di Sg.Dua...salam2 semua minta ampun segala bagai, aku , mak ngan adik bongsu aku gie sembahyang raya thn nie, thn lepas aku tak dapat pergi coz Alyssa demam, balik dari masjid weous semau gie kubur arwah tokwan aku...thn nie merupakan thn pertama kami beraya tanpa tokwan aku...mmg syahdu...balik dari kubur , lepak umah makan apa yang terhidang,seperti biasa ada ketupat, rendang, serunding, nasi, laksa dan kuih muih....dah selesai berkumpul semua tghari barulah gie jenjalan umah sedara mara...sory aku tak dak der banyak gambar dipagi raya, semua dalam kamera abg aku...nanti leterlah aku letakkan gambar dipagi raya.Gie jenjalan umah sedara mara sampailah kemalam nyer...keesokkannyer mmg selalulah weouls planning akan balik berkumpul di Alor Setar pada hari raya ke2, tapi thn nie diaorang planning semua nak berkumpul di Penang pada hari raya ke3,jadinyer weouls tak turun Alor setarlah hari tu....raya ke2 follow my father gie jenjalan umah kawan2 nya...
Raya ke3 menu kami sekeluarga untuk dihidangkan pada tetamu jauh mee tulang beserta udang yang segar dan juga bihun sup gear boxxx....wow mmg best..hari tu mmg lupa kejap segala diet mayet nie....makan jangan tak makan bukan senang tu.....riuh rendah lah umah kami dicampur dgn keluarga Kedah turun bertandang...letih beb mmg letih.....diaorng balik pun dah malam....
raya ke4 hubby buat planning last minit...dia ajak balik Kelantan...lagi pun mmg dah lama kami tak balik sana,apa lagi matlamat aku kalau balik Kelantan ofcoz jejak wakaf che yeh..kihkihkih...hajat kesampaian, mmg best tapi weouls tak tido pun umah sedara mara kat sana sebab neyr biasalah anak2 aku nie nakal2 sikit, lagi pun susahlah sikit kalau tido uamh org nie nak balik lewat2 segala niekan..apa lagi terjah cari hotel lah,semua penuh last2 dapatlah budget hotel, tak kisahlah janji malam tu boleh tidokan...but mmg murah hotel2 disana...1 malam jer balik kelantan....raya ke5 tu weouls dah balik semula kepenang....
wahhhhhh mmg best thn nie habis masa atas jalan jer..dari sebuah rumah kesebuah rumah,mmg letih tapi seronok...anak2lah yang paling seronok nyer...lagi plak diaorngkan dah besar sikit, seronok dapat jumpa sepupu2 diaorang sampaikan main hingga tak nak tido....oklah nanti kita sambung citer lagi aku nak gie iron baju kejap lagi pun mata nie dah rasa cam nak tutup jer..biasalahkan kalau perut kenyang mata pun apa lagiiiii...nanti aku sambung citer then nanti aku update gamabr2 masa weouls kat kelantan hari tu...Apa-apa pun Selamat Hari Raya untuk semua dari kami sekeluarga.
MaMa PaDa 2 Org PuTeRi

Jumaat, September 18, 2009

Kami dah selamat tiba di Penang

Alhamdulillah....akhirnya aku selamat sampai dikampung halaman ku...Allah melancarkan perjalanan kami...tiada sebarang halangan sepanjang perjalanan kami dari kuantan ke penang...cuaca juga tidak bgitu panas memang selesa sepanjang perjalanan kami....\
Sebenarnya perancangan kami untuk pulang kepenang pada hari jumaat jam 3ptg...hari khanmis tu aku balik dari kerja hubby terus ajak balik mlm tu juga...apa lagi bila org dah pelawa balik awalkan...mmg hati dah brada dikampung time tu..so apalagi aku cepat2 siapkan tempahan kek untuk pelanggan..asalnya nak hantar hari jumaat tu tim kerja, tapi dah hubby ajak balik malam tu aku pun call customer kata nak hantar kek malam tu ...ok jgn tunggu lama2 terus prepare 2 biji kek untuk customer...dah siap gi hantar kat umah dia..balik tu masuk plak bandar kuantan apa lagi terus sangkut jame..hampir 1jam kami dalam bandar...tgk hubby pun dah ngantuk semacam jer...tunda untuk pulang keesokkannya...konon2 lepas sahur area kul 5.00pagi camtu nak bertolak..last2 kul 8 pagi juga kami bertolak dari rumah..yrlah main dengan ada anak ni mmg time takkan tepat..sementara nak kejutkan diaorg lagilah....

bermula jam 8.00pagi dari kuantan perjalanan yang selesa, mmg sejuk sepanjang Lebuhraya Pantai Timur cuaca amat sejuk diselubungi kabus yang tebal,anak2 sambung tidur dalam kereta...perjalanan lancar time tu...kami direct melalui genting highlands....dalam area kul 1ptg singgah Tapah untuk tgu solat zohor.....dalam 1jam juga berhenti situ...selesai semua teruskan perjalanan then kami tiba di destinasi kami iaitu umah mak aku jam 6.00ptg..alhamdulillah kami sampai dgn selamat....sepanjang perjalanan ada 2 kemalangan yang berlaku betul2 depan mata aku...mmg takut juga dgn kereta yg banyak..tapi alhamdulillah Allah lancarkan perjalanan kami untuk pulang beraya bersama2 keluarga tersayang....

aku n family ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN untuk semua rakan2 blogger....semoga raya thn ini akan lebih meriah dan bermakna...ok nak gie tido dulu badan dah letih..sok2 aku cuba cerita apa yang menarik disepanjang aku berada di kampung....pesanan kepada blogger2 yg berada di penang jemput2lah daatng beraya di rumah aku yer..oooppsss silap bukan umah aku but umah mak aku....
ok chowww mata dah berat nie..



p/s:kak zira nanti calling2 yr nak datang time bila okkkkk


MaMa PaDa 2 OrG PuTeRi

Isnin, September 14, 2009

Entry pendek jer

Tinggal berapa hari jer lagi kan nak raya tak sampai pun seminggu...bestnyer dah tak sabar nak balik kampung nie...korang semua dah prepare ker persiapan raya, baju raya , kuih semua dah beli ker????aku dah settle semua cuma tunggu nak packing dalam beg jer...wahhh semangat gitu..tapi yang tak seronok nyer Alyssa dah mula demam...hari tu aku baca blog Dyla, anaknyer Inas demam...hari nie aku pula yang kerisauan...hari sabtu malam Alyssa dah mula batuk dan selsema...dalam area kul 4 pagi tu aku pegang badan dia dah panas..."alahai adik sian nyer nak raya nie adik demam2 plak"..so keseronokan nak raya tu turunlah sikit coz anak tak sihat..Korang doa2kanlah agar Lyssa cepat sembuh yer.....kalau anak tak siaht mmg feel raya kuranglah coz sibuk melayan kerenah ragam dia tu......tapi balik kampung tetap balikkkkkkkk....tambah2 sekarang nie duk layan lagu2 raya saja...sampaikan Aqisya sendiri pun dah boleh hafal lagu sudirman balik kampung tu..Apa-apa pun aku mengharapkan anak2 aku cepat sembuh dan sihat agar diaorng juga seronok merasai suasana hari raya nanti......
MaMa PaDa 2 OrG PuTeRi

Isnin, September 07, 2009

Genaplah Usia Puteri Kedua ku 2 Thn (Alyssa)



Hari nie 7th September bersamaan dengan 17 Ramadhan genaplah usia puteri kedua ku iaitu NURNADHIRATUL ALYSSA 2 TAHUN.Happy besday to you!!! happy besday to you!!! happy besday to Alyssa, happy besday to youuuuuu!!!!Sekejap jer dah masuk usia 2 thn...Alhamdulillah Alyssa membesar dengan bijak dan sihat..Aku masih lagi teringat sewaktu mengandungkan Alyssa, cukup senang dan ketika melahirkan nyer juga amat mudah bagi aku berbanding aku ngandungkan kakaknye Aqisya.Sakit untuk melahirkan nyer hanya sekejap sahaja..Allah permudahkan aku untuk melahirkan nyer..aku juga tidak dikenakan sebarang jahitan ketika melahirkan nyer..Syukur mmg mudah aku menjaga nyer juga.......

hari nie tiada celebration apa2 mungkin hanya makan2 family sahaja...almaklumlah puasa..berkemungkinan raya nanti kita buat makan2 nyer..insyaAllah...

Mama dan abah sentiasa mendoakan agar Alyssa menjadi seorang anak yang solehah, bijak , sihat, berguna untuk keluarga, agama dan bangsa...semoga Alyssa sentiasa mendapat perlindungan oleh Allah S.W.T..sinonim dengan makna pada nama Alyssa itu..Mama dan abah akan memberikan yang terbaik untuk anak2 mama dan abah...jadilah seorang anak yang bijak, cerdik dan berjaya didunia dan akhirat...itulah harapan mama dan abah pada anak2...

"nanti malam kita potong2 kek beday to you yer adik..mama tahu adik dah tak sabar nak nyanyi beday to you..itulah adik asal nampak kek jer beday to you..."


NURNADHIRATUL ALYSSA = Cahaya kekuatan di lindungi



MaMa PaDa 2 OrG PuTeRi

Khamis, September 03, 2009

Menu hari ke4 Berpuasa...

Waaaaa dah lama tak bercerita ceriti terkini ......sepanjang bulan puasa nie mmg aku terlalu sibuk sehinggakan tido pun tak mencukupi...mana dengan sibuk dgn business alhamdulillah itu rezeki untuk kami anak beranak di bulan mulia ini...sibuk dgn memasak lagilah....tambah2 bila lepas berbuka masing2 duk gosok perut dah jadi cam ular sawa..nak solat pun kejap kejap kejap..
Hari nie aku nak postkan entry menu berbuka hari tu, tapi tak ingat nie berbuka hari ke berapa...eerrrrrmmmmm kalau tak salah nie hari yang ke4 kut...toing toing toing hari ke 4 dah berbuka di luar apa kes nampak sangat pemalas..kata sibuk memasakkan...tak derlah kebetulan adik aku berpuasa di umah aku, then sok nyer dia dah nak balik so kita jamu selera diluar saja..Hari tu kami terjah Restoran Sara Thai di Kuantan..ini salah satu restoran peberet aku coz masakan dia mmg best..but dibulan puasa nie kena booking tempat dululah yer takut penuh. Hari tu aku mmg booking temapt so tak der masalah untuk cari tempat nyer.
ok hari tu kami oder ikan siakap masak 3 rasa, mmg wajib ambik bila datang sini. kerabu mangga peberet aku ngan hubby, sayur campur, tomyam potek, sotong goreng tepung untuk Aqisya dan Lyssa dan juga lala masak apantah thai2 nie...tapi sedap..air untuk Qisya dan Lyssa milo ais dan 1 jug laici ....mmg best..

inilah ikan siakap masak 3 rasa yang wajib dioder bila datang sini.Malam tu ikan ni tinggal titisan terakhir itu pun sebab tulang dia keras kaalu lembut habis licin...

kerabu mangga peberet hubby dgn aku...sodap sehhhhhhhhhhh..rasa yang lengkap,semua terasa..jangan ada yang meleleh air liur dah lah yer....sabau..itu semua dugaaaannnn
sotong goreng tepung untuk Qisya dan Lyssa....lincin cuci habis dikerjakan 2 beradik tu...
ni haaaaa Lala masak ala2 thai gitu..tapi rasa dia mmg sodap..Qisya nyer peberet lala nie...
yang lain tu tak semapt pun nak snap coz tomyam dan sayur sampai zasssssss tak tunggu lama lagi dah belasah coz org dah azan..so bila tangan sibuk menyuap nasi ofcoz kamera masuk beglah tak dilayan dah....
setia menanti 2 beranak nie...

alahai duk merenung ikan ker dik....tengok kami jer yang datang awal org lain tak masuk lagi..time tu baru kul 6.45ptg..dah malas nak gie jalan2 tempat lain dulu takut jalan sesak melepas nanti...ikan sampai dulu .....

tak perlu tunggu azan dia dah belasah sotong tu..tak per janji tak kacau org berbuka nanti

apa-apa pun masakan kat sini mmg best..aku rekemen sapa2 yang datang kuantan singgahlah makan kat sini....baru nie konon nyer nak gie makan kat situ sekali pergi fully book...ambik kau sapa suh tak booking dulu kan so mencari punya mencari alih2 masuk kedai nasi kandarlah berbuka....tak per janji perut terisi yer...korang nak berbuka apa hari nie? aku masih mencari idea untuk masak menu apa hari nie..baru nie baut roti jala kesukaan hubby nanti aku buat entry tu..pasti korang teringin kan..kuing kuing kuing...

MaMa PaDa 2 OrG PuTeRi