Selasa, Jun 30, 2009

Buah tangan yang tak disangka

Wah tajuk ntah apa2 jer...2 minggu yang lepas hubby aku gie detachment di Butterworth selama 2 minggu, so dapatlah dia jenguk family aku disana,yang bestnyerkan mak ayah aku siap bekalkan buah tangan lagi untuk dia bawa balik khas untuk anak dan cucu2nya disini..bukan senang tu..kalau benda2 kering tu aku tak kisah sangat ini barang basah..tapi tak per naik fligh kejap jer sampai kan.
hubby balik ke kuantan hari Jumaat pagi, hari khamis malam lepas hubby dinner dia terus balik hantar motor umah mak aku coz sepanajng dia duk sana ayah aku suh dia ambik motor kat umah mak aku, senang kaalu apa2 hal dia nak balik umah mak aku...see sangat2lah disayangi menantu lelaki sorang nie..then khamis malam tu hubby aku gie umah mak aku hantar kembali motor, lalu dibekalkan udang besar hasil tangkapan dari ayah aku sendri untuk anak dan cucu2nya di Kuantan. Ayah aku sekarang dah dikategori kan sebagai nelayan jugalah lepas dia pencen hari tu terus dia berjinak2 turun kelaut mencari hasil di laut.Dah dia mmg minat dari dulu lagi.
Udang dia mmg besar2 lah kalau jual tu sekilo RM40 jugalah..mak aku bekalkan lebih kurang 3 kilo jugalah untuk hubby bawa balik.. tapi dibekukan terlebih dahulu, malam tu hubby balik hotel terus masuk dalam freze..selain tu mak aku bekalkan sekali aku nyer peberet iaitu AYAM PANGGANG...seingat aku dah hampir setahun jugalah aku tak makan ayam panggang mak aku nie....untuk yang sedia maklum mak ngan ayah aku nie berniaga ayam goreng dan bakar di pasar malam....mmg sedap dan best ayam panggang mak aku...yerlah setiap kali kami balik mak ayah aku tak niaga konon nyer nak duk nagn anak cucu.itu yang tak dapat nak makan tu..
inilah ayam panggang yang mak akujual tu, aku panaskan semula setelah di letakkan kuah panggang yang mak aku bekalkan tu...yaaaa rabbbi mmg best tak terhinggalah..
(kak zira jgn terliur yer..ini makanan kita waktu belajar dulukan, mesti kak zira terliur nie coz dah lama tak makan) dulu time belajar mak aku selalu gie hantar kat umah sewa kitaorng kan kak zira kan...

ini hasil setelah dipanaskan dan disalut dengan kuah nyer...sungguhhhhh menyelerakan..


ini sebahagian udang yang mak aku kirimkan tu..udang dia mmg besar2...cuti nie boleh masak Mee Udang lagi..




Malam tu aku gorengkan untuk Aqisya, mmg best dan isi nya manis jer..eh kalau beli nie mmg sekilo dalam areaRM30-40 jugalah..


dan untuk aku ngan hubby aku buat udang masak merah..terangkat habis..bukan senang wei nak makan udang yang betul2 fresh dari hasil tangkapan ayah aku nie...Mak aku sekarang nie mmg dah tak gie pasar beli ikan.hari2 makan ikan segar.


tak leh nak simpan lama2 sangat udang nie nanti kurang rasa manis nyer...malam nie duk pikir nak masak apa pulak udang nie,,lagi plak Aqisya mmg suka sangat makan udang , jom-jom cari resepi yang berkaitan dengan udang.



MaMa PaDa 2 OrG PuTeRi

Isnin, Jun 29, 2009

Cuba Teka Baby Siapakah Ini?

Cuba teka siapakah gerangan budak yang comel ini?hhehehe ada mirip muka aku tak?perhati betul2..tapi tak boleh tahan tengok lesung pipit nyer..



Muka dia mirip hubby aku tak?eh anak siapa nie?

adakah ini anak ke3 weouls..wah cepat nyer membesar...bila pulak aku mengandung..tapi kalau yer pun tak salahkan mmg weouls menanti anak lelaki...kihkihkih...
taaaaaaaaraaaaaaaaaa.....inilah bapanya..so bukan anak aku yer..tapi still anak lagi..anak sedara ku yang comel cam mak sedara nyer juga (uuweeekkkk....perasan diri sendiri )
nama baby nie Muhammad Akif Hakimi..anak sulong kepada abang aku yang no2.sebelum niekan ada entry aku menanti kedatangan org jauhkan...see inilah yang aku nantikan tapi dah lama jugalah cuma gambar2 nie semua ada dalam kamera abang aku, time tukan kamera aku gila sikit...sebelum beli yang baru nie...sebeb tu aku malas nak ambik gambar..kebetulan baru nie hubby oustation butterworthkan dia balik umah mak aku..dapatlah bawa balik gambar nie semua.Tersanagtlah baik nyer Akif nie..tak buat perangai pun bawa dia jenjalan...stay cool cam mak sedara dia juga..


inilah mak sedara dia yang perasan comel tu..kihkihkih....time nie aku demam,tapi bab bergambar no 1 sorok2kan segala demam tu tunjukkan muka yang ceria..see siap pegang air 100plus lagi untuk beri tenaga..


bersama kekasih hati pengirang jantung yang banyak membantu aku...eh mana anak2 aku yer?tak nampak langsung kelibat diaorng?pelik juga kalau idak mmg takder peluanglah nak bergamabr berdua cam nie..hahahhaaaa...kitaorng kuar jalan2 tak bawa anak..zalim nyer mak bapak nie kuar tak bawa anak2.Tak derlah sampai tahap tukan..kemana sahaja kami pergi time cuti anak2 tidak patut dihantar kerumah pengasuh pasti diusung kesana kemari..anak2 aku tido dalam keta..anak2 aku demam time nie..jadi nyer masing2 tak daya dn asyik tido jer..itu yang tinggal kami berdua jer.


ini lah kakak ipar aku,...umie pada Akif....sama tak muka weouls?


nie ha anak dara aku dah bangun..terpaksa kejutkan diaorang juga coz time makan..takkan nak bairkan tinggal dlam keta plak mak bapak baguih nyer duk bantai makan anak2 dibiarkan..itu tidak adil...aku bawa abang aku makan2 kat ikan bakar yang paling popular di kuantan nie..mana lagi klau bukan Tanjung Lumpur.


ikan bakar kat Tanjung Lumpur Kuantan nie mmg popular "Ana Ikan Bakar Petai"dia punya ikan bakar mmg best dan murah..buka kul 6.00ptg tapi kul 4 lebih tu dah ramai org datang booking tempat..termasuklah weouls
coz sebelum nie kalau tak booking gie jer nak makan mmg tak der tempat..sentiasa penuh..sebab tu masa abang aku dtang tu weouls booking tempat senang..tapi mmg bestlah ikan bakar kat kedai nie kalau sapa2 datang Kuantan cuba Ikan bakar Ana kat Tanjung Lumpur nie.


tengoklah anak2 aku mmg tak aktifnya kalau dah demam...nak berkepit jer..see Alyssa siap bawa abntal kecil dia lagi..org makan dia asyik tido jer..

Tapikan sesekali org jauh datang bertandang umah kita mmg best..rasa cam kejap jer masa berlalu dah sampai masa untuk tetamu pulang..tapi camnielah kalau dah duk jauh dari family, diaorng pasti akan rindukan kita..abang aku nie sebab nyer dia tak pernah datang jalan2 kuantan lagi, itu yang dia nak datang tu, lagi plak dia kata rindu banget ngan adik nya yang jauh nie..untung jugakan duk jejauh ngan family nie sentiasa dirindui dan dinanti.itu tak termasuk buah tangan yang diaorang bawa dari kampung lagi tu..dia cakap kalau boleh tu mak aku nak suh bawa semua yang ada kat penang yang mana aku suka makan..see sanagt2 diingati dan dihargai...ok nanti aku publishkan apa buah tangan yang hubby bawa balik dari Butetrworth..apa yang mak aku kirimkan pada nya untuk bawa pulang kepada anak dan cucu kesayangan nya ini..tunggu yer.
MaMa PaDa 2 OrG PuTeRi

Khamis, Jun 25, 2009

Bercuti sambil berilmu

Tajuk tak boleh blahkan...Semalam aku cuti yeehaaaaa..hari nie datang keja dengan mood yang masih ingin bercuti lagi...tapi tak boleh cuti lama2 nak smpan cuti raya wei nak balik kampung lama..jadi nyer cuti harus dijimat2kan...cuti bila ada hal penting sahaja..semalam aku cuti bukan sebab hubby balik, bukan sebab anak2 tak sihat dan bukan juga gie tengok wayang..tapi aku cuti untuk menuntut ilmu..yesssssssssss semalam aku dapat lagi satu ilmu dalam bidang perniagaan yang aku ceburi nie...aku hadiri kursus bersama pihak FAMA, SIRIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia di Vistana Hotel Kuantan.Kursus kali nie berkaitan dengan Pembungkusan dan Perlabelan Makanan..Penting untuk hadiri kursus begini banyak ilmu yang boleh dipelajari tentang sesuatu produk yang kita kuarkan..bagaimana untuk dapatkan bar kod produk, bagai mana untuk dpatkan nutrisi makanan..mmg bestlah kursus kali nie. Mmg berguna untuk IKS seperti aku ini..selain tu kita dapat tukar2 pendapat dan juga produk2 yang dibawa bersama pengusaha2 yang hadir.

heheheh nie muka org bersemanagt nie..kihkhih bakal usahawan muda..kalian doa2kanlah yer





kecik jer kan gambar nie..org yang ambik gambar tu tak prolah....dia tak adjust langsung plak tu dia duk jauh jer..aku dah suh dia dekat sikit konon nyer nak bagi clear nampak gambar aku..sekali tengok hampeh...tapi tak perlah kurang2 nya ada juga gambar beramai2,tapi yang pasti aku tak berapa nak cam sapa dan sapa coz jauh sangat.

tak banyak sangat gambar yang aku dapat ambik coz bateri kamera dah warning. itu pun aku gagah untuk ambik gambar beramai2...sekarang nie aku akan lebih tumpukan setiap kursus yang diadakan untuk lebih maju dan mantapkan perniagaan yang aku jalankan ini...banyak ilmu dan juga ramai org IKS yang boleh kita jumpa dan kenal.Kursus yang dijalankan free semua tu peruntukan dari kerajaan..oleh itu sangatlah rugi jika kita tak ambik peluang macam nie kan...aku harap kalian2 sahabt blogger semua doakan kejayaan diatas perniagaan yang aku jalankan ini..nak promote kejap..bagi mereka2 diluar sana jom mencuba tepung kek jenama lisya pada harga yang murah dan mmg berpepatutan...
MaMa PaDa 2 OrG PuTeRi

Isnin, Jun 22, 2009

SELAMAT HARI BAPA

Masih belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan "SELAMAT HARI BAPA" terutama sekali buat ayah aku yang aku sayangi, kerana beliau merupakan seorang ayah yang terlalu baik untuk aku, berkorban apa sahaja demi kesenangan dan kebahagian anak2 nya...seorang ayah yang kuat bekerja, seorang ayah yang tegas pada keputusan sehingga anak2 beliau berjaya sampai sekarang...bagi aku ayah aku lah idola aku dalam urusan perniagaan..ayah aku seorang peniaga yang berjaya dan kuat bekerja.."ayah ketahuilah segala nasihat ayah dan juga kasih sayang ayah lieza tak pernah lupakan, setiap nasihat ayah pasti akan menajdi perangsang untuk lieza terus berjaya" terima kasih ayah diatas pengorbanan mu selama ini untuk melihat kebahgiaan anak mu ini.



Kedua nya aku ingin mengucapkan "SELAMAT HARI BAPA" buat suami ku yang tercinta kerana menjadi seorang abah yang begitu menyayangi keluarga, yang tegas dan juga berkorban apa sahaja demi keluarga yang dicintai nya...terima kasih kerana membahagiakan kami dengan penuh kasih sayang dan penuh tanggungjawab.Pengorbanan mu akan sentiasa dihargai hingga akhir hayat. Harapan ayang dan juga anak2 agar abang terus menjadi seorang bapa yang terbaik buat kami, penyayang dan menjadi idola anak2 pada masa hadapan.



terakhir sekali SELAMAT HARI BAPA buat semua lelaki2 yang bergelar bapa dan bakal bergelar bapa..semoga semuanya menjadi bapa yang baik dan penuh tanggungjawab untuk keluarga..


Nota; dengarlah lagu yang bertajuk "AYAH" dendangan dari Aishah...lagu yang begitu syahdu sekali dan banyak memberi kesedaran tentang tanggungjawab seoarng bapa.


MaMa PaDa 2 OrG PuTeRi

Khamis, Jun 18, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK NIK FIRDAUS DAN PASANGAN

Heeehehe dari hari ke hari asyik tertangguh jer entry nie..hari nie dah seminggu dah pun Nik Firdaus nie kawin..ok nie nak tunjuk entry mgu lepas hari khamis 11 june 2009 weouls satu opis buat rombongan ke majlis perkahwinan X staff kami iaitu NIK MOHD FIRDAUS dengan pasangan nya..nama apa yer aku lupalah plak...sory Nik kak lieza tak ingat nama wife awaklah...Kenduri nie diadkan pada hari Khamis mgu lepaskan coz musim cuti sekolah so semua hari dah penuh dengan kenduri itu yang dia terpaksa ambik hari khamis juga tu..Tak kisahlah hari apa kan janji Kahwin yer dak..Dia seorang staff yang sangatlah baik nyer apa yang disuruh buat jer tanpa sedikit bantahan..mmg baik sungguh..Now Nik nie dah keja dengan Jabatan kerjaraya..Pembantu Arkitek di JKR Kuala Lumpur..terjamin sikit dengan kerajaan nie kan...
Hari khamis yang lepas, weouls buat rombongan opis gie kenduri umah dia. yang best nyer dapatlah ngulat sedikit coz gie sekali ngan bos weouls..dia sendiri nak balik lambat kata nya tunggu lah Nik sampai dan sanding dulu...kihkihkhik itu adalah satu arahan yang baik..staff on jer kaalu dah bos kata cam tukan..lepas maakn semua duk borak2 kejap tunggu pengantin sampai,sambil tu tetamu dihidangkan dengan pertunjukan silat dan tomoi...eh lupa plak nak bagi tau kenduri tu di BUKIT GOH..alah kawasan felda tu..ada sapa tau cepat angkat kening..heheheh..tapikan unik bagi aku coz ini pertama kali aku tengok kenduri dihidangkan dengan pertunjukan tomoi...
ini gambar weouls semua ngan pasangan pengantin..aku yang baju purple tu yer..heheheee, yang baju hijau sebeah aku tu bos weouls..


antara staff lelaki yang kelihatan pada hari itu..kihkhih..see tengah nak makan bubur osman time tu tetiba pengantin datang..so pegang jer dulu mangkuk tu yer osman.
dah sampai dah pasangan pengantin..wahhh merah putih gitu...berseri2 jer nampak Nik dan pasangan nya.

duduk2 tengok pertunjukan dulu yer lepas nie baru boleh makan..tak per hari ne jer tahan lapar nyerkan nik.



ok Nik apa2 pun kak lieza ucap tahniah, setelah mengharungi perlbagai rintanan dan dugaan akhirnya ko kahwin juga yer...semoga kekal bahagia hingga akhir hayat.lepas nie giliran menanti cahaya mata pulok yer...


MaMa PaDa 2 OrG PuTeRi

Selasa, Jun 16, 2009

Mana lagi yang BEST di Kuantan nie.

Dikuantan nie sapa2 yang tahu lagi tempat yang best dan menarik untuk dijalan2????selain dari TC,Taman Teruntum,mall2 yang ada???bukan apa tau asal weekend jer mmg memikir nak gie mana lah bawa anak2 jalan2..rasanya habis dah satu kuantan nie dah diterjah,balik2 kesitu juga.
nak gie window shoping pun balik2 mall yang sama juga..kalau tak kuar rumah dah tentu bosan, tambahan kalau hubby tak der..alaaaaaaa lambat nyer rasa jam tu bergerak untuk tukar kehari lain..Baru nie paling2 bosan pun bawalah Aqisya dan Alyssa gie lepak2 TC..saja bagi diaorng main kat pasir laut tu..tapi kejap jer main diaorng pun dah tak nak main....alih2 bawa gie makan kan Benteng tu, pastu zasss balik lepak umah je...
ok jom layan gambar2 jerlah yer...
Muka budak umur 3 tahun...

















Alyssa suka sanagt main dekat pokok kelapa nie..klau gie TC jerkan dia mesti nak lari2 pusing pokok kelapa nie..apa yang menarik pun aku tak tau kat pokok kelapa nie..






pose dari mama dan Aqisya....alamak besar pulak nampak lengan tukan,itu tandanya mama dah besar..hehehehe





MaMa PaDa 2 OrG PuTeRi

Isnin, Jun 15, 2009

Makan2 besday Aqisya

Thn nie majlis besday Aqisya buat simple2 jer...tanpa perancangan awal, just jemput jiran2 blok sahaja.Mula tu mmg tak plan nak buat makan2 nie sangat just kami nak buat makan2 family jer, tapi last minit malam tu hubby cakap buat jerlah makan2 jemput jiran2 sikit..sian plak kat Aqisya nanti..oklah so lepas magrib weouls kuar gie cari apa2 yang perlu untuk besday dia esoknya tu..aku pun prepare ala kadar jer, janji buat jugakan..bukan apa nanti takut tak sempat jer coz hari nie hubby dah nak fly ke butterworth selama 2 minggu so tinggal kami bertiga jer,mana ngan nak tolong hubby kmas pakaian dia semua..
malam tu gie beli barang besday aqisya main ambik2 jer,just untuk seronokkan anak2 dan budak2 yang datang.pagi nyer tu aku siapkan persiapan, hubby gie jemput jiran2 terdekat jer.

inilah persiapan ala kadar jer..janji Aqisya happy dan seronok.



inilah besday girl yang baru siap dimekapkan...time nie duk tunggu mama suapkan dia makan bihun goreng..lapar sangat dah tak sempat nak tunguu tetamu datang.tak per kakak soooruuuu dulu yer..



bab2 gantung nie mmg kerja hubbylah yer..itulah gunanya org tinggi..tak sia2 tinggi kan.


ini plak budak yang kuat sangat melekapnya..mmg tak nak duduk bawah langsung nk suh mama jer dukung..tension guaaaaaaaaa..



besday kakaknya tapi si adik plak yang xcited nak potong kek..kakak layankan jerlah..



prepareration last minutes, so hanya sempat buat kek yang ala2 jer..nanti mama buatkan kakak kek yang lain yer..aku sempat buat kek coklat lembab dan juga mocha kek jer..hiasan main apa yang ada jer..hentam jerlah..



Kek Mocha...sedap nyumnyumnyum....hiasan dia simple sangat...nasib baik ada balance hiasan yang buat untuk tempahan hari tu.



Kek coklat tu sebenarnya buat untuk nak dihidangkan pada tetamu, last2 adik pun nak tiup besday to you juga itu yang tak potong lagi tu..



antara menu2 yang aku masak dan sediakan pada hari tersebut...simple jer kan..tapi tetap lincin..lagi plak budak2 nak makan kan takkan nak buat yang berat2 gitu...

mak-mak budak pun tumpang njoy juga ...



ptg tu lepas dah semua tetamu balik, aktiviti buka hadiah si Aqisya,baru sempat buka 2 kotak dia boleh zZZZZzzzzzzz,letih sangat gamaknyer..mana tak nyer lari sana sini main itu ini, itu pun nasib baik dia dah makan dulu,


duduklah elok2 sikit kakak, gaya gitu nak buka hadiah...kejap jer lepas tu tidolah..malam lepas dah mandi semua baru dia sambung balik....alhamdulillah selesai sudah majlis untuk Aqisya, walau pun simple tapi meriah dengan kehadiran jiran2 terdekat..ada yang marah2 coz tak bagitau diaorng yang majlis tu besday Aqisya, diaorng datang tak bawa apa2 katanya..tak der hal semua tu aku jemput untuk datang makan bukan untuk meminta bawa apa2 pun, diaorng datang pun dah besar rahmatkan.Masa hubby jemput2 pun mmg tak nak bagi tau yang itu untuk besday Aqisya, aku tak suka nyusahkan orang, cukup cakap sekadar buat makan2 kenduri sikit.ada yang bagi duit jer kat aqisya coz mmg diaorg tak sempat nak beli buah tgn untuk aqisya..itu dah rezeki dia kan...



walaupun kenduri yang kecil dan simple tapi penat dia tetap samakan...tapi penat hilang begitu sahaja bila tengok anak2 happy...Genaplah 3 thun puteri sulung kesayangan ku ini...sekejap jer masa berlalu.masih lagi terngiang2 kenangan di kepala masa ngandungkan dan melahirkan Aqisya...sekarang Aqisya dah pun 3 thn....


"HAPPY BESDAY TO YOU SAYANG"

Mama dan abah doakan kebahagian kakak dan berharap kakak dimurahkan rezeki serta dipanjangkan umur,jadilah seorang anak yang solehah dan berguna pada bangsa dan agama, jadi seorang anak yang berjaya yer sayang"





MaMa PaDa 2 OrG PuTeRi