Khamis, Disember 31, 2009

Selamat tinggal 2009 dan selamat datang 2010.

salam semua...dah lama aku tak mengupdatekan blog aku nie yer...dah penuh sawang, bukan sawang jer hutan lalang semua dah tinggi setinggi rumah aku nie...hari nie terupdate juga setelah sekian lama menyepikan diri dari dunia blog ini...kebetulan hari ini aku tak berapa sibuk sangat, cuma masih kepenatan coz baru balik dari bercuti...biasalah nak habiskan cuti tahunan...

kebetulan pulak harini adalah hari2 terakhir untuk tahun 2009...tinggal beberapa jam sahaja lagi tahun 2009 akan melabuhkan tirai nya..dan kemunculan tahun 2010..pelbagai kejadian suka duka sedih dan gembira berlaku di tahun 2009.Antara kejadian paling sedih di thn 2009 yang paling aku tak dapat lupakan ialah tanggal 20 April 2009 iaitu kembalinya arwah datuk kesayangan aku kerahmatullah dalam suasana yang agak terkejut bagi kami sekeluarga...tetapi kami semua redha dengan pemergian beliau...

kenangan manis juga banyak berlaku dithn 2009...itu semua masih segar diingatan.. di penghujung tahun 2009 aku menutupkan tirai 2009 dengan membawa anak2 aku dan keluarga ku dari penang bercuti di negeri che siti wan kembang (kelantan)..mmg kelaurga aku shopping tak hingat dunia..almaklumlah barang2 mmg murah disana...nanti aku story lain tentang percutian kami sekeluarga disana....Kira thn 2009 bagi aku penuh dugaan dan cabaran untuk aku tempuhi bersama keluarga.Pada tahun ini juga aku sebagai seorang pekerja telah kehilangan seorang majikan yang sangat disegani dan baik hati..kehilangan seorang majikan yang 1 dalam sejuta iaitu seorang bos perempuan yang tidak cerewet dan terlalu baik hati dengan setiap orang terutama pekerja2 beliau..1hari sebelum umat islam meraikan hari raya aidiladha, kami staff dikhabarkan berita sedih iaitu dengan kembalinya Arwahyarhamah Ar. Dato' Jimas binti Chik setelah genap 40 hari beliau terlantar sakit dan dirawat di HTAA Kuantan.

Disini juga aku nak mengucapkan selamat tinggal 2009 dan selamat datang 2010..semoga dengan kedatangan 2010 ini nanti akan memberi banyak lagi sinar kebahgian kepada kami sekeluarga dan mempermudahkan jalan rezeki kepada kami sekeluarga..amin...apa azam tahun baru korang semua????? aku? heheheh azam thn 2009 pun belum habis dapat ditunaikan lagi..masih lagi ada yang tertangguh..nantilah aku pikirkan lain azam thn 2010....
oklah apa2 pun HAPPY NEW YEAR 2010...SELAMAT DATANG 2010.Jumpa laggiiii yerrrrrrrrrr..


MaMa PaDa 2 OrG PuTeRi