Selasa, Ogos 25, 2009

Opis dijadikan Nursery Emergency

Ini alkisahnyer hari khamis minggu lepas. Aku usung anak2 aku datang opis sekali..hehehehe mak ngasuh dia orgn tak dapat nak jaga sebab ada hal so aku kenalah bawa diaorng datang opis kebetulan hari tu plak bos tak der jadi bolehlah jadikan opis macam nursery kihkihkihkih...makanan jangan tanyalah mmg aku spare macam2 takut diaorng lapar ker apa ker, lagi satu takderlah diarong nie nak nakal2 sangat.So far alhamdulillah tak banyak ragam dan tak buat hal kedua nyer..cukup time tido kerja mudah. Sebelum nie pun aku dah mmg pernah bawa Aqisya lepak opis aku, time tu aku ngan hubby jaga salah seorng, so hubby bawa si Alyssa gie tempat keja dia aku bawa Aqisya..
senang layan diaorng nie, buka citer faberet diaorng bagi biskut sikit, haaaaaaa duk diam situ..lepas tgk upin ipin buka citer hantu plak. beres kerja
alamak kantoi, nampak bantal bucuk Alyssa..heheheh usung sekali senang

rileks jer...sepah sikit tempat aku tu..



Alyssa tengok korek cokalt dalam biskut yang polo tu...



Oleh kerana bos tak der bolehlah bawa diaorng kalau bos ada hari tu terpaksalah aku ambik cuti juga..seronok diaorng datang opis aku ramai yang duk melayan.Tapi tak boelhlah bawa selalukan apa inagt itu nursery ker klau dah emergency sangat boleh lah tapi kena pastikan bos takderlah kaalu dia ada masalah jadi nyer...kalau bos ada aku kenalah emergency leave....
MaMa PaDa 2 OrG PuTeRi

Rabu, Ogos 19, 2009

Majlis yang simple tapi meriah.

Inilah makan2 sekeluarga kami..simple sahaja, tak kaur celebrate kemana2 pun hanya potong kek dirumah sahaja.Kebetulan aku cuti pada hari tersebut sempatlah aku buat kek yang simple-simple.Jadilah dari takder langsungkan.Tapi asal ada kek jer compom Aqisya dan Alyssa akan nyanyikan lagu besday to you,sibuk jer berdua nie nak tiup lilin lah, nyanyi besday to youlah, potong kek pun diaornag juga yang sibuk.Tak kisahlah ini majlis mmg diraikan bersama2..Apa-apa pun thanks untuk semua atas doa dan harapan yang diberikan..jom layan gambar.



inilah kek yang aku sempat buat."moist chocolate cake" aku hias simpel2 jer aku pun bukan pandai bab2 hiasan kek nie main hentam jer...kihkihkih...nak masuk perut sendiri tak per.

tgk tu semangat jer Lyssa nyanyi lagi besday to you..dah macam nyanyi lagu koir lagi..ternganga mulut2 memang xcited sungguh.


inilah family kecik kami...walaupun kecil tapi riuh nyer seperti ramai jer.riuh rendah dengan mulut nyer Aqisya dan Alyssa..kami bahagia bersama.




Pasangan yang sentiasa bahagia dan happy...mudah-mudahan berpanjangan jodoh ini amin.

walaupun majlis ini simple tapi meriah...tiada makan2 yang besar cuma kecil2 sahaja..keesokkan nyer tu malam nak kaur dinner tetiba hujan lebat siap guruh kilat bagai terus cancel..takut juga lagi satu malas kalu dah hujan terhad sikit keadaan nyer.Last2 hubby juga yg goreng nasi kat umah..jadilah kan sekali sekala jadi chef anuar.

MaMa PaDa 2 OrG PuTeRi

My Anniversary 4th years

Hari nie adalah genap 4 tahun usia perkahwinan aku bersama suami tersayang.Tanggal 19 Ogos 2005 pada jam 10.35 minit pagi aku sah bergelar seorang isteri kepada my hero iaitu Mohd Anuar.Dari status seorang anak kepada 2insan yang bergelar mak dan ayah, pada tanggal tersebut status aku terus bertukar kepada seorang isteri kepada lelaki yang bergelar suami.Pada ketika itu tanggungjawab aku sebagai seorang isteri harus dipikul demi keberkatan dalam rumah tangga.Alhamdulillah walaupun usia perkahwinan yang masih mentah ini kami bahagia dan telah dikurniakan 2 orang cahaya mata perempuan yang cantik, sihat, pintar dan cerdik.Kehadiran kedua2 cahaya mata itu lebih mengeratkan lagi kasih sayang kami sekeluarga.Aku sentiasa berdoa agar rumah tangga yang kami bina atas rasa cinta menyintai ini kekal bahagia higga keakhir hayat & mendapat kredhaan serta keberkatan dari Allah S.W.T
Mungkin hari nie kami akan meraikan hari bahagia kami ini bersama anak2 yg semakin membesar dan sedikit makan2 keluarga sahaja...kalian semua doa2kanlah agar rumah tangga kami ini berkekalan hendaknya.

Hanya sekali lapaz hubby sah bergelar suami....
19/8/2005 hari akad nikah..selepas sah bergelar suami isteri..

hari persandingan keesokkan nyer...wajah2 ceria dan gembira.
Dalam meniti usia perkahwinan selama 4 thn ini bermacam2 dugaan dan rintangan yang diuji, tetapi syukur alhamdulillah kami dpt atasi nyer dengan begitu mudah sekali..setiap ujian yang diberikan ada hikmah nyer.Hubbylah kekuatan dan semangat aku dikala aku diuji dgn berbagai masalah.Dialah teman berkongsi masalah, teman suka dan duka, dialah kawan dan dialah seorang suami yang tegas dan bertanggungjawab.Sanggup berkorban apa sahaja demi kehendak isteri dan anak2 tersayang...
Pssstttt..."abang x der something special ker ari ni?
MaMa PaDa 2 OrG PuTeRi

Isnin, Ogos 17, 2009

Kerisauan menebal kalau.............

Baru nie Alyssa demam panas teruk sangat, tahap panas dia dh nak menjejah ke 40'C..aku dan hubby mula dah risau dah tak senang dah nak duk...asal nyer hari selasa lepas dia dah muntah so aku EL bawa gie ambik ubat..2 hari lepas tu dah ok...but hari khamis malam tu dalam area kul 3 pagi gitu dia bangun suh aku sapukan ubat pada perut katanya "tit yut"sekali aku pegang badan dia mak aiii panas nyer...decide bagi dia makan ubat demam yang ambik aritu..pagi tu ok sikit badan dah sejuk..hantar gie umah ngasuh pun main elok katanyer mak ngasuh..aku pun rasa legalah nak baut keja..tup tup dalam tengahari tu mak nagsuh dia call cakap badan Alyssa panas sangat..dia asyik menangis jer...terus gelabah aku..call hubby cakap gie ambik anak dulu aku nak terus balik...
weouls gie cek doktor kata panas badan dia 38.9...tinggi tu, doktor chek keseluruhan kata demam biasa jer bukan disebabkan virus yang berleluasa sekarang..lega rasa..tapi doktor dah pesan andai kata panas dia tak turun kena datang semula...tapi malam tu badan dia still tak turun2 juga panas..hati dah mula risau,malam tu mmg tak berani nak lelap mata..kul 2pagi aku deceide hubby ajak gie klinik semua takut coz badan dia panas mmg tak turun walaupun lepas makan ubat..gie klinik doktor terpaksa masukkan ubat ikut buntut coz paans dia mencecah ker 40'C..risau nyer...
Alhamdulillah pagi tu alyssa bangun dengan sihat, panas badan dan kurang..jadinya bila Alyssa sihat dia akan ceria seperti gamabr2 dibawah ini..

aksi alyssa sewaktu nak sembahyang...org pompuan sembahyang paaki telekung but alyssa dia mengikut gaya2 abahnyer..tu ha siap pakai kopiah abah lagi...
bila sihat ginilah gayanyer...sebab tu kalau anak2 sakit aku sedih sangat coz tak boleh tgk keceriaan mereka.


pose menarik untuk mama, abah, kakak dan kawan2 blog mama yer......
habis dia usung sejadah kedepan umah konon nyer nak sembahyang....
b, lepas nie kalau nak sembahyang kena pakai telekung pompuan barulah alyssa pun ikut yer...kihkihkihkhiih..
Lega hari nie semua anak2 mama dah sihat..

MaMa PaDa 2 OrG PuTeRi

Isnin, Ogos 10, 2009

Pekena Sup Utara Dulu

Dalam pada tak nak kuar jenjalan mana kan takut dgn virus H1N1 tu akhirnya aku tak boleh juga..kebetulan sabtu ahad baru nie ada PC Fair kat kuantan nie, so ambik peluanglah nak cari barang2 untuk komputer aku tu...time camnilah nak dapat barang yang murah2 sikit..nak cari anti viruslah, cattriege printer pun dah low semua....so pagi tu decide dgn hubby oklah kita gie kejap mungkin pagi tak ramai org lagi kut...
sebelum tu weouls singgah makan dulu, perut harus diisi terlebih dahulu barulah perjalanan sempurna..kihkihkih....weouls gie menajmu selera di restauran "Ani Sup Utara" mmg sup dia kena citarasa aku ngan hubby so selalu jugalah kami makan situ..

Alyssa buat muka aksi geram dia tu..sory tak pakai mask yer coz nak makan..bila nak gie PC Fair tu baru diaorng nie dipakaikan...

si kakak oder nasi ayam dgn milo ais..sama juga dgn adik..aku oder bihun sup campur dan hubby oder nasi set dgn sup campur..mmg best sungguh sup dia...
Aqisya dah boring menunggu..itu yg jadi gaya gitu ...

ini air weouls dah sampai....semua minta milo ais..coz milo ais dia mmg sedap.

ini bihun sup aku punya..nampak gaya gitu tapi bila the real mmg sedap dan baunyer yang teramatlah menyelerakan...sory aku santap dulu yer.....punyalah nikmat neyr makan bihun sup tu aku lupa nak snap gambar nasi ayam anak2 aku dan nasi set bersama sup campur hubby.Nasi aaym dia mmg sedap terutama sambal dia tu..


dah kenyang semua ok jom kita gie PC Fair....alamak terjauhlah aku ambik nama kedai nie..tak per2 kepada org2 kuantan jom pergi "Ani Sup Utara" mmg best makanan bersup dia kat sini...ok tempat dia berdepan ngan megamall sebaris dgn slimworld kaalu tak silap aku..alah kalau daatng jer kat CIMB jln Tun Ismail 9 nie kompom cari dapat neyr kedai kak ani ni......

ehem-ehem promote kedai kak ani gitu..lepas nie harus kena gie makan free kat kedai nie...agak2 bos kedai tu baca tak blog aku nie..kuing kuing kuing...tapi mmg bestlah, decoration kedai nyer yang cantik dan selesa jer....yang penting makanan sedap servis cepat..harga kat sini mmg berbaloi tak rugi sapa mai makan.Dah2 nanti kak ani tu kena bayar elaun promote banyak plak kat aku....
MaMa PaDa 2 OrG PuTeRi

Jumaat, Ogos 07, 2009

Pakar Sakit Puan ker?

Inilah dia pakar sakit puan..hhehehe..yer ker tu? penutup muka nie sekarag dah kena pakai..mmg dah rasa takut dengan kes H1N1 yang berleluasa nie..dari hari ke hari dah dengar ramai yang meninggal, aku mmg risau especially kes nie banyak kena jangkitan nyer pada kanak-kanak..yerlah antibodi diaorang mmg tak kuatkan so mudah terkena jangkitan.Paling takut sanagt sekarang nie dalam kem yang aku tinggal tu dah ada banyak kes, kematian yang aku dapat tahu dah seorang iaitu anak kepada seorang anggota Tentera Darat di dlam kem yang sama dengan weouls....takut weiiii bila org cakap ada kematian budak umur sekian2 mulalah aku risau dan terbayang wajah anak2 aku tu...hati mulalah gelisah berdoa sesangat agar anak2 aku dilindungi dan dijauhkan dari gejala ini..
sekarang nie asal nak kuar dari rumah jer aku akan pastikan anak2 aku sentiasa memakai penutup muka ini.Nasib baik lah diaorng nak pakai, lagi pun dah ranai diaorng tgk yang pakai so boleh lah aku saiko sikit aku cakap dgn aqisya "kalau tak pakai nanti sakit, bila sakit tak boleh nak jalan-jalan beli vitagen" so kerana nak jenjalan beli vitagen diaorng memakai nyer.sekali sekali saiko tak perkan untuk kebaikan juga.
ini kes baru balik dari umah mak, masih lagi memakai walau pun berada didalam rumah...

ini tak tahulah doktor pakar apa yer....kelakar jer bila tgk alyssa pakai..dh ler penutup tu besar..tapi aku dah adjust kasi kecil muat2 dgn dia..


ini masa kat umah mak diaorng lah nie...very sportinglah anak2 aku nie



apalah yang kakak tu bagi tau mak dia tentang penutup mulut dia tu.
kepada yang ada anak2 kecil, anak besar ker sesiapa sajalah berhati2lah kalau nak bawa anak2 kuar...lebih selamat kalau boleh tak yah lah bawa anak2 ke tempat2 yang ramai org bukan apa benda macam nie kita tak boleh nak nampak...andai kata dah bosan sangat nak duk kat umah kaki nie nak juga kuar pastikan memakai penutp muka ini..kita cuba cegah dari virus yang semakin aktif dan berleluasa ini..kanak2 mudah sangat menerima serangan virus ini.Ini semua ada hikmah nya..salah satu petunjuk dari Allah Taala agar semua manusia tak lalai..
MaMa PaDa 2 OrG PuTeRi

Khamis, Ogos 06, 2009

Funfair ker Welfair

Weekend yang lepas kan aku sajalah bawa anak2 konon nyer nak main kat welfair ooppsss funfair sebelah giant kuantan nie..yelah sebelum nie mmg aku tak pernah dedahkan diaorng dengan benda2 cam nie..kebetulan plak sebelum2 nie diaorng buat dekat tempat2 yang bagi aku mmg tak sesuailah aku nak bawa anak2 main disitu...tempat yang tanah nyer berdebu..biasalahkan bila dah debu tu mudah sangat budak2 nie batuklah apa lah.memandangkan yang sebelah giant nie tempat dia ok sikit, lantai yang berbatu dan tidak berdebu...lepas beli barang kat giant terus bawa diaorng kesitu...orang jgn cakaplah mmg ramai weiiii kena plak hari cutikan.mmg untunglah diaorng nie nak masuk dah kena bayar tiket nak main dalam tu token dia mmg mahal jugalah 1token RM4.nak main semua kena guna 2 token so RM8 untuk SEORANG darablah berapa ramai manusia yang masuk kan..untung memang untung.
Alhamdulillah anak2 aku mmg tak berminat sangat untuk main. Pertama mmg diaorng pun jadi ngeri nak main bila tgk benda tu dah la laju2 ada plak org duk jerit2 semua...mula tu aku ajak diaorng naik keretapi yang muka ulat tu, ramai jugalah bebudak naik...Aqisya tak nak.."taknaklah mama kakak takut jatuh nanti" see dia boleh cakap camtu, semua benda aku tanya tapi tak mau naik...bagus2 duit mama taklah habis nanti.kihkihkihkih.....
hubby puas suh anak2 naik tak nak juga..last2 hubby cakap "kakak naiklah yang tu bulat2 tu tk per yang tu ok" diam lamaaaa jugalah baru dia cakap ok...sekali dgn aku angkut naik..tak per semua org naik dengan anak2 kan tak perlu nak rasa maluuuu...demi keselamatan anak2..

benda alah nielah yang kami naik..kategori laju jugalah dia pusing..aku ni buan boleh pusing2 sangat nanti kompom kepala pun pusing...yang kelakar nyer bila naik menda alah tu si Alyssa meniru gaya yang dilihatnyer..dia pun sibuk duk jerit2 cam org naik roller coster tu..kihkihkih...kelakar jer...berani lah plak...tapi bila turun jer dari situ ajak naik yang lain dah tak nak..selamat selamat...kepala aku pun dah ada rasa pusing2..



last2 ajak diaorng main tangkap2 anak itik plastik dalam kolam tu..dapat hadiah nyer...target nak dapat bear besar sekali dapat cawan seorang sebiji...tak banyak benda yang main pun main sekadar suka2 dapat barang untuk anak2 jer..last2 Aqisya ajak makan dia cakap lapar...terus gie makan dan balik....sekarang nie kaalu lalu jer depan giant tu, diaorng tengok lampu2 banyak dia sibuk duk cakap welfair..gelak aku ngan hubby..."mama tu welfair yang kakak gie aritukan?"welfair tu tempat rumah org tua2 kakak oiiiii...ini bukan welfair ini funfair...tapi oleh kerana dia juga nak menang dia tetap pertahankan welfair nyer...cooobaaannnnn...
MaMa PaDa 2 OrG PuTeRi

Isnin, Ogos 03, 2009

Dah macam tepung GOMAK dah

Eh sapa nie? buat apa tu?habis segala saji mama diambil buat main...itu belum masuk duk dalam tu lagi..selalu nyer dia masuk duk dalam tu pastu dia suh kakak dia tolak...mana tak pecah aku nyer saji...saji tu nyaris2 jer dah nak beli baru, puas aku cari ari tu nak tutup lauk..mmg aku perasan anak2 aku duk main, lepas 2 - 3 hari tu aku nak guna barulah duk mencari tapi tak jumpa..tanya 2 beradik nie mmg boleh tanyalah..sorang kata "buang" yang sorang lagi kata " tak tahu"mmg tak jumpa pun puas aku cari, duk budget hubby dah termasukkan dalam plastik sampah dan mmg betul buanglah kut...seminggu jugalah lepas pada tu aku duk kemas almari bilik no 3 kat umah sekali jumpa saji nie dalam almari..boleh gitu..bila masa lah budak2 nie sorokkan dalam tu..

tengah kusyuk buat menda tu Alyssa....????


ceeeaaaaa...dgn muka bedak sejuk penuh...ini kes ambil bedak pakai sendirilah nie..macam citer P.ramlee tu yang dia tanya "ini bedak ker kapur"? heheh tepung gomak maaaaaaaaaa.


Alyssa sekarang dah besar..ikut apa sahaja yang kakak dia buat kekadang pening kepala nak melayan kerenah diaorng nie..walau pun pening melayan kerenah anak2 tapi aku rasa itulah kebahgian yang aku dapat dengan melihat perkembangan anak2 yang sihat dan ceria..
MaMa PaDa 2 OrG PuTeRi