Memaparkan catatan dengan label alyssa demam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label alyssa demam. Papar semua catatan

Isnin, Ogos 17, 2009

Kerisauan menebal kalau.............

Baru nie Alyssa demam panas teruk sangat, tahap panas dia dh nak menjejah ke 40'C..aku dan hubby mula dah risau dah tak senang dah nak duk...asal nyer hari selasa lepas dia dah muntah so aku EL bawa gie ambik ubat..2 hari lepas tu dah ok...but hari khamis malam tu dalam area kul 3 pagi gitu dia bangun suh aku sapukan ubat pada perut katanya "tit yut"sekali aku pegang badan dia mak aiii panas nyer...decide bagi dia makan ubat demam yang ambik aritu..pagi tu ok sikit badan dah sejuk..hantar gie umah ngasuh pun main elok katanyer mak ngasuh..aku pun rasa legalah nak baut keja..tup tup dalam tengahari tu mak nagsuh dia call cakap badan Alyssa panas sangat..dia asyik menangis jer...terus gelabah aku..call hubby cakap gie ambik anak dulu aku nak terus balik...
weouls gie cek doktor kata panas badan dia 38.9...tinggi tu, doktor chek keseluruhan kata demam biasa jer bukan disebabkan virus yang berleluasa sekarang..lega rasa..tapi doktor dah pesan andai kata panas dia tak turun kena datang semula...tapi malam tu badan dia still tak turun2 juga panas..hati dah mula risau,malam tu mmg tak berani nak lelap mata..kul 2pagi aku deceide hubby ajak gie klinik semua takut coz badan dia panas mmg tak turun walaupun lepas makan ubat..gie klinik doktor terpaksa masukkan ubat ikut buntut coz paans dia mencecah ker 40'C..risau nyer...
Alhamdulillah pagi tu alyssa bangun dengan sihat, panas badan dan kurang..jadinya bila Alyssa sihat dia akan ceria seperti gamabr2 dibawah ini..

aksi alyssa sewaktu nak sembahyang...org pompuan sembahyang paaki telekung but alyssa dia mengikut gaya2 abahnyer..tu ha siap pakai kopiah abah lagi...
bila sihat ginilah gayanyer...sebab tu kalau anak2 sakit aku sedih sangat coz tak boleh tgk keceriaan mereka.


pose menarik untuk mama, abah, kakak dan kawan2 blog mama yer......
habis dia usung sejadah kedepan umah konon nyer nak sembahyang....
b, lepas nie kalau nak sembahyang kena pakai telekung pompuan barulah alyssa pun ikut yer...kihkihkihkhiih..
Lega hari nie semua anak2 mama dah sihat..

MaMa PaDa 2 OrG PuTeRi

Selasa, Disember 02, 2008

Maaf tumpang singgah

Assalamualaikum...
saya tumpang lalu, tumpang singgah untuk mencoret sepatah dua kata atas permintaan pemilik blog ini iaitu nuarliesya (mini sayalah tu)..beliau sekarang tengah risau atas kesihatan anak kami iaitu Alyssa...sudah 4 hari alyssa demam panas, demam nyer tak kebah-kebah, sudah 2 klinik yang kami terjah tapi demam nyer tetap tak surut badan nyer terlalu panas. kerana badan yang terlalu panas tekak nyer menjadi merah ditambah pulak dengan batuk dan selsema.tahap kepanasan nyer sudah mencecah 40darjah calcius..panas mmg panas..
hari ini dah hari keempat alyssa demam, tidak makan dan juga susu pun tak nak minum, ia hanya minta air sahaja.dan sudah 3 malam juga lieza tidur bergilir-gilir waktu dengan saya, hanya 2 jam tido dan bergilir dengan saya.oleh itu saya mewakili tuan punya blog ini memohon kalian-kalian sahabat semua mendoakan agar kesihatan alyssa pulih dan sihat seperti sedia kala, dah 4 hari alyssa tidak senyum, tidak bermain, hanya merengek untuk di peluk dan didukung sahaja,hanya dengan mama nya sahaja yang dia nak..
saya dan lieza memohon agar kalian-kalian bloger mendoakan kesihatan alyssa pulih dan ceria seperti selalu.
Maaf andai kata-kata saya ini tersalah dan menyingung mana-mana pihak..
kami rindu dengan keceriaan alyssa.
AbAh PaDa 2 OrG PuTeRi