Rabu, Ogos 19, 2009

My Anniversary 4th years

Hari nie adalah genap 4 tahun usia perkahwinan aku bersama suami tersayang.Tanggal 19 Ogos 2005 pada jam 10.35 minit pagi aku sah bergelar seorang isteri kepada my hero iaitu Mohd Anuar.Dari status seorang anak kepada 2insan yang bergelar mak dan ayah, pada tanggal tersebut status aku terus bertukar kepada seorang isteri kepada lelaki yang bergelar suami.Pada ketika itu tanggungjawab aku sebagai seorang isteri harus dipikul demi keberkatan dalam rumah tangga.Alhamdulillah walaupun usia perkahwinan yang masih mentah ini kami bahagia dan telah dikurniakan 2 orang cahaya mata perempuan yang cantik, sihat, pintar dan cerdik.Kehadiran kedua2 cahaya mata itu lebih mengeratkan lagi kasih sayang kami sekeluarga.Aku sentiasa berdoa agar rumah tangga yang kami bina atas rasa cinta menyintai ini kekal bahagia higga keakhir hayat & mendapat kredhaan serta keberkatan dari Allah S.W.T
Mungkin hari nie kami akan meraikan hari bahagia kami ini bersama anak2 yg semakin membesar dan sedikit makan2 keluarga sahaja...kalian semua doa2kanlah agar rumah tangga kami ini berkekalan hendaknya.

Hanya sekali lapaz hubby sah bergelar suami....
19/8/2005 hari akad nikah..selepas sah bergelar suami isteri..

hari persandingan keesokkan nyer...wajah2 ceria dan gembira.
Dalam meniti usia perkahwinan selama 4 thn ini bermacam2 dugaan dan rintangan yang diuji, tetapi syukur alhamdulillah kami dpt atasi nyer dengan begitu mudah sekali..setiap ujian yang diberikan ada hikmah nyer.Hubbylah kekuatan dan semangat aku dikala aku diuji dgn berbagai masalah.Dialah teman berkongsi masalah, teman suka dan duka, dialah kawan dan dialah seorang suami yang tegas dan bertanggungjawab.Sanggup berkorban apa sahaja demi kehendak isteri dan anak2 tersayang...
Pssstttt..."abang x der something special ker ari ni?
MaMa PaDa 2 OrG PuTeRi

10 comments:

ratna berkata...

happy anniversary yg ke 4. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

DYLA berkata...

tahniah,

selamat ulangtahun ke 4.

moga bahagia & dilimpahi rezki yg murah.

eh eh, sama la kite 4 thn, tp lieza dah ada dua dah..huhu

nasazfrog... berkata...

Hepi Anniversary yg ke-4, semoga rumahtanggamu di berkati dan dilimpahi rezeki yang halal.. amin. Aku rindu kamu beb.. :)

eizah berkata...

happy anniversary ye...semoga kekal hingga akhir hayat k..dan cinta semakin mendalami yee..hhehee

az1ra berkata...

happy anniversary...
sekejap ja kan masa berlalu..rasa macam baru semalam naik basikal sesama..pegi makan sampai jaja jatuh longkang..hahahaha

Deqnan berkata...

happy anniversay liza...
semoga bahagia ke akhir hayat...
apa hadiah istimewa dr suami tahun ni???

isya berkata...

happy anniversary liza..

nuarliesya berkata...

thanks ratna mudah2an doa kalian dimakbulkan.amin.

dyla,
a'ah samalah kitakan dyla hari tu pun yang ke 4 ...tak per usaha untuk yang seterusnya cepat bagi adik kat inas.

nasazfrog,
amin mudahan2an dimakbulkan doa ina tu...aku juga rindu sama kamu.heheheh

mdm lulu,
thanks mdm lulu..doa2kanlah yer.

azira, masa berlalu begitu pantas sekali kan..kenangan2 yang lalu sewaktu kita semua bersama masih diingatan terutama time curi line public phone...hehehehehee kelakar lah bila ingat balik kan.

deqnan,
thanks hannan....hadiah?sekarang belum dapat lagi kita tunggu esok nyer..

isya,
terima kasih isya.....semoga diberkati doa2 kawan2 semua amin.

Mama Hanim berkata...

salam liza..sori lama x dtg sini..

hepi anvrsry ke 4. moga bahgia n berkekalan hingga akhir hayat..

semoga sihat semuanya..

A.H.A.D berkata...

canteknye liza dgn bju purple tu..

congrats!
hepi anniversary yg ke 4..
sama thn la kita kawin..

semoga bahagia n bekekalan ke akhir hayat