Khamis, Jun 25, 2009

Bercuti sambil berilmu

Tajuk tak boleh blahkan...Semalam aku cuti yeehaaaaa..hari nie datang keja dengan mood yang masih ingin bercuti lagi...tapi tak boleh cuti lama2 nak smpan cuti raya wei nak balik kampung lama..jadi nyer cuti harus dijimat2kan...cuti bila ada hal penting sahaja..semalam aku cuti bukan sebab hubby balik, bukan sebab anak2 tak sihat dan bukan juga gie tengok wayang..tapi aku cuti untuk menuntut ilmu..yesssssssssss semalam aku dapat lagi satu ilmu dalam bidang perniagaan yang aku ceburi nie...aku hadiri kursus bersama pihak FAMA, SIRIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia di Vistana Hotel Kuantan.Kursus kali nie berkaitan dengan Pembungkusan dan Perlabelan Makanan..Penting untuk hadiri kursus begini banyak ilmu yang boleh dipelajari tentang sesuatu produk yang kita kuarkan..bagaimana untuk dapatkan bar kod produk, bagai mana untuk dpatkan nutrisi makanan..mmg bestlah kursus kali nie. Mmg berguna untuk IKS seperti aku ini..selain tu kita dapat tukar2 pendapat dan juga produk2 yang dibawa bersama pengusaha2 yang hadir.

heheheh nie muka org bersemanagt nie..kihkhih bakal usahawan muda..kalian doa2kanlah yer





kecik jer kan gambar nie..org yang ambik gambar tu tak prolah....dia tak adjust langsung plak tu dia duk jauh jer..aku dah suh dia dekat sikit konon nyer nak bagi clear nampak gambar aku..sekali tengok hampeh...tapi tak perlah kurang2 nya ada juga gambar beramai2,tapi yang pasti aku tak berapa nak cam sapa dan sapa coz jauh sangat.

tak banyak sangat gambar yang aku dapat ambik coz bateri kamera dah warning. itu pun aku gagah untuk ambik gambar beramai2...sekarang nie aku akan lebih tumpukan setiap kursus yang diadakan untuk lebih maju dan mantapkan perniagaan yang aku jalankan ini...banyak ilmu dan juga ramai org IKS yang boleh kita jumpa dan kenal.Kursus yang dijalankan free semua tu peruntukan dari kerajaan..oleh itu sangatlah rugi jika kita tak ambik peluang macam nie kan...aku harap kalian2 sahabt blogger semua doakan kejayaan diatas perniagaan yang aku jalankan ini..nak promote kejap..bagi mereka2 diluar sana jom mencuba tepung kek jenama lisya pada harga yang murah dan mmg berpepatutan...
MaMa PaDa 2 OrG PuTeRi

1 comments:

anne_nurqaseh berkata...

wah ahkak..rajin b kursus..
xpe2 memantapkn bisnes..
chaiyo'chaiyo'