Rabu, Disember 10, 2008

Ghairah Belajar

amboi amboi amboi tajuk cam hot jer..ghairah lagi tu....jom tengok apa yang ghairah sangat tu..........
Dah alang-alang kuarkan walau pun hujan haruslah terjah sana sini....perut dah kenyang pulak tu...mula tu weouls gie terjah maxis center untuk daftar ambik plan family value ker value family plan ntah..apa2 jerlah..mula tu nak daftar yang under goverment dengan maxis nie free dapat hp sony ericson baru..habis promosi plak....so daftar yang paln family biasa nyer....sampai2 sana tak boleh nak daftar coz maxis nyer line ada prop..maxis 1 malaysia tak boleh nak online..tapi dengar2 dulu dia citer bagai....lepas pada tu gie megamall kejap ada PC fair, hubby nak cari anti virus untuk dia nyer laptop...walau pun hujan ku redah juga sebab dah alang2 kuarkan...

onthe way balik tu singgah pulak giant kejap sebab nyer nak cari barang dapur sikit..dah kebetulan lalukan..lagi plak weouls nak cari tempat ampaian kain yang gantung hanger tu...biasalah kan hujan2 nie baju tak kering..jadi kena banyakkan ampaian...
Qisya dengan Lyssa cam biasa harus masuk dalam troly senang keja, tapi harus diumpankan dengan sesuatu...so aku belikan diaorng sorang 1 pencil box yang ada 1 pensil, 1 ruler, 1 sharpener...hanya 99sen jer..ambikkan katalog giant tu bagi diarang duk menulis dalam troly tu ...keja mudah...
org tengok semangat weiiiiiiii anak2 aku dalam troly pun nak study lagi....poyo jer mama diaorng nie...tapi Qisya dan Lyssa suka sebab nyer tengok gambar2 warna warni dalam katalog giant tu...Qisya dia buka kat page yang ada susu tu , nampak plak susu dia apa lagi bising duk bagi tau "mama susu along nie mama"selagi tak kata iyer selagi itulah dia duk ulang cakap susu dia...

budak kecik nie seronok tengok kat page barang mainan yang ada kolam bagai tu...
tengok 2 beradik tu, ghairah jer study..tak kira walaupun berada dia shopping kompleks..bagus betui anak2 aku nie study tak hingat donia..ini semua untuk mudahkan aku memilih barang atau membeli barang sgar diaorang tak sibuk nak turun jalan sendiri.org dah la ramai plak tu, puas nak kejar diaorang nie...nanti satu barang pun tak boleh beli...so bila dah umpan cam nie haruslah diaorg duk diamkan senang kojo den cam nie...

bagus betui Qisya dan Lyssa yer..kalau cam nie nyer senang nanti mama bawa jenjalan lagi yer...
MaMa PaDa 2 OrG PuTeRi

Jom Pekena Roti Canai Garing

Banyak nyer sawang tempat aku nie..habuk pun banyak nie...hehehe...lama juga aku tak update...amacam raya korban korang? ada banyak ker lembu yang dah dikorbankan?
raya thn nie agak suram bagi aku ...nak tau sebab apa? hujan maaaaaaaaa tak benti dari sabtu sampailah ke hari raya...org korban lembu pun dalam hujan maaaaaaaaaaa..tak per terima jer itu hujan rahmatkan..
sabtu lepas mmg dah start hujan, jadi nyer segala planning untuk kuar banyak dah terbantut...bukan apa kalau hujan nie lebih seronok dapat baring2 kat umahkan..cuaca plak sejuk jer....tapi time hujan2 nielah yang terasa lapar itu ini...
sabtu pagi tu hujan, sejuk jer nak tinggalkan tilam pun terasa sayang jer..tapi perut dah lapar..anak2 aku jgn cakaplah diaorng nie hujan ker panas ker kompom kul 7.00 pagi gitu dah bangun...mmg tak kasi chan langsung untuk bagi mama diaorng tido lama2..kul 8 lebih tu hubby ajak kuar cari makan..fuhhhh mmg malas giler nak kuat, tapi ikut jerlah sebab nyer perut dah berbunyi...
memandangkan cuaca sangat sejuk hujan tak benti, Qisya dan Lyssa dipakaikan baju tebal sikit..cam nak gie over the sea plak..hehehehe..ok jom jom kita gie cari makan...


weouls makan roti canai garing yang best kat sini..apa nama kedai ni..ermmmmermmmm..ok ingat dah, kedai pak ibrahim..roti kat kedai dia mmg best, tak banyak minyak tapi lembut...kedai dia biasa jer, ala2 warung gitu, macam kedai2 kampung tu..tapi org jgn cakaplah mmg ramai pun...hubby ngan aku mmg suka makan roti canai kedai dia sebab nyer cedap, garing dan lembut..tak berminyak...sekali oder sorang 2 biji....hujan plak tu kena dengan teh tarik lagi mmg kawwwwwwwww punya terangkat habis..


Qisya pun suka roti kedai nie...dia sorang 1 biji mmg habis..kena plak cicah dengan susu pekat tu..perghhhhhhhhh mmg best..

nie dia roti canai yang sedap tu.......makan time hujan dan roti plak panas tak terasa 2 biji kejap jer habis.....rasa cam nak minta lagi 2...burok nyer makankan...mana badan tak naik cam belon...

uols kalau2 daatng kuantan tu, jalan nak kebandar kuantan tu sebelum flyover taman tas cuba lihat belah kanan sebelah kedai jual ikan masin bagai..haaaaaaaaa kedai tulah nama Pak Ibrahim..harus singgah2 pekena roti canai garing..yang best nyer kedai nie semua di kendali kan oleh anak menantu pak ibrahim..yang tebar roti canai tu anak pompuan dia..pompuan tebar roti tu..mmg susah lah nak carikan yang tebar roti canai pompuan...
aik promote lebih nampak aku nie yer..harus minta pak brahim sponsorkan aku roti canai free setiap minggu nie...hehehe...
MaMa PaDa 2 OrG PuTeRi

Jumaat, Disember 05, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

aku sibuk sangat hari nie...biasalah kan mgu depan kan cuti jadi nyer hari nie banyak keja yang perlu disettle kan..semua nak cepat..jadi aku tak sempat lah nak coretkan kat blog aku nie..tapi aku masih sempat lagi terjah2 blog uols yer...sambil selam sambil minum air org kata..ini pun nak cepat aku gagahkan juga..
di kesempatan ini aku nak ucapkan:-
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
selamat hari raya korban/haji...bagi sesiapa yang menjalankan ibadat korban tu korban-korbankanlah..bagi sesiapa yang ada anak lelaki yang nak dikorbankan (hehehehe bukan zaman nabi plak yer)maksud aku sunat...selamat bersunat yer anak2 sekalian...
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA dan selamat bercuti dari kami sekeluarga.
MaMa PaDa 2 OrG PuTeRi

Khamis, Disember 04, 2008

Alhamdulillah anak2 aku dah semakin sihat

Syukur alhamdulillah alyssa dah semakin sihat.....lega rasa nyer....aku ingin berterima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan juga yang mendoakan kesihatan untuk alyssa...terima kasih bebanyak..budi baik dan sokongan dari uols semua akan dibalas oleh yang maha esa..
semalam hari ke5 alyssa demam, dan semalam jugalah dia menunjukkan yang diri nya semakin sihat...dia dah mula bangun untuk bermain dan menunjukkan keaktifan diri nyer..cuma masih tak nak makan dan juga susu buat 3 aun pun tak habis....mungkin masih tak berselera lagi..yang penting aku nak dia sihat kembali dan rindu dengan celoteh nyer yang bising itu...
Aqisya juga dah baik dari demam cuma masing2 batuk selsema masih ada lagi...risau dibuat nyer kalau anak2 demam nie...aku berdoa sesangat agar segala demam dan sakit itu kena pada aku, tak sanggup nak tgk anak2 tak sihat..Aqisya mmg senang kalau dia demam, tak banyak merengek dan juga ragamnya, dia hanya baring jer..tak der nak menangis sesangat..kira sambil jaga dia sambil boleh buat keja, tapi tidak alyssa...kalau dia demam semua keja dah tak boleh buat..dia nak berkepit jer..mmg tak boleh nak tinggal langsung...dia nak berdukung jer tak pun kalau dia baring dia nak aku yang pelukkan dia..jgn sapa nak sentuh atau pegang dia..mmg menguji kesabaran sungguh..jgn kan kata nak masak nak kencing pun tak sempat uols tau...dia punya rengek tu hanya Allahlah yang tahu...
tapi aku bersyukur, dia dah semakin sihat aqisya juga dah semakin sihat cuma masing2 masih ada lagi sisa selsema dan batuk..aku nak tengok anak2 aku aktif kembali...
syukur juga hubby pun dah balik semua, jadi taklah aku sensorang yang jaga diaorng waktu diaorng sakit...tapi itu semua dugaan kecik dari Allah...aku redha...apa yang penting sekarang anak2 aku dah semakin sihat..alhamdulillah..thanks untuk semua yang mendoakan kesihatan anak2 aku..
MaMa PaDa 2 OrG PuTeRi

Selasa, Disember 02, 2008

Maaf tumpang singgah

Assalamualaikum...
saya tumpang lalu, tumpang singgah untuk mencoret sepatah dua kata atas permintaan pemilik blog ini iaitu nuarliesya (mini sayalah tu)..beliau sekarang tengah risau atas kesihatan anak kami iaitu Alyssa...sudah 4 hari alyssa demam panas, demam nyer tak kebah-kebah, sudah 2 klinik yang kami terjah tapi demam nyer tetap tak surut badan nyer terlalu panas. kerana badan yang terlalu panas tekak nyer menjadi merah ditambah pulak dengan batuk dan selsema.tahap kepanasan nyer sudah mencecah 40darjah calcius..panas mmg panas..
hari ini dah hari keempat alyssa demam, tidak makan dan juga susu pun tak nak minum, ia hanya minta air sahaja.dan sudah 3 malam juga lieza tidur bergilir-gilir waktu dengan saya, hanya 2 jam tido dan bergilir dengan saya.oleh itu saya mewakili tuan punya blog ini memohon kalian-kalian sahabat semua mendoakan agar kesihatan alyssa pulih dan sihat seperti sedia kala, dah 4 hari alyssa tidak senyum, tidak bermain, hanya merengek untuk di peluk dan didukung sahaja,hanya dengan mama nya sahaja yang dia nak..
saya dan lieza memohon agar kalian-kalian bloger mendoakan kesihatan alyssa pulih dan ceria seperti selalu.
Maaf andai kata-kata saya ini tersalah dan menyingung mana-mana pihak..
kami rindu dengan keceriaan alyssa.
AbAh PaDa 2 OrG PuTeRi