Memaparkan catatan dengan label Tetamu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tetamu. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 20, 2008

Open House umah ku

Selesai juga akhir nya majlis open house rumah aku sabtu lepas....walaupun makanan tak seberapa tapi aku puas hati kerana itu semua hasil dari buatan tangan aku sendiri dan di bantu oleh my hubby....Hari jumaat malam weouls dah buat segala preparation dari segi kek, puding segala...hubby banyak membantu aku malam tu..kalau harap aku sorang mmg tak terbuatlah hendak nya..aku plak tk ada pembantu ruamh kan..jadi nya hubbylah yang banyak tolong..dialah yang pukul telur semua untuk adunan kek, agar2 dan puding segala...
boleh dikatakan org yang dijemput semua datang..memang meriah sesangat..walaupun letih tapi bila dah tengok reramai cam tu hilang segala letih nya...
dalam kul 12.00 tghari semua persiapan dah lengkap dan tersedia....cuma menunggu kedatangan tetamu saja..seawal pagi bangun kemaskan rumah..biasalah rumah aku nie kemas kejap jer, dalam 20 minit bertahan pastu datanglah 2 anak dara aku yang rajin tolong KEMASKAN LAGI...memang ponatlah dengan diaorang..ada-ada aje benda yang diaorang buatkan....

ini antara tetamu yang awal tiba....sorylah yer umah aku tak der sofa2 besar bagak nie...semua gadis dan jejaka melayu datang dan duduk bersimpuh sambil menikmati hidangan..malas nak membeli sofa bagai sebab nyer dah ler duduk rumah atas, pastu kejap2 nak kena pindah..kalau beli benda2 camtu mmg tak tahan lama..mudah rosak duk usung sana sini...tunggu duk rumah sendiri nanti barulah beli sofa segala...

sebahagian kuih muih raya yang dihidangkan...

sebahagian menu yang telah disediakan...antara yang aku sempat snap gambar..yang lain nyer tak sempat..puding roti, agar2 dan pencuci mulut stil dalam peti bukan apa nak kasi cool sikit baru sedap time tetamu nak makan nanti...menu utama aku ialah laksa utara (penang mari)
rampai2 untuk hiasan laksa...

laksa penang mari...kuah still duk panaskan atas dapur yer..


rendang daging nogori


nasi impit


kek pisang..bantuan dari hubby

coklat kek yang dibuat last minit..kerana tak dijangka untuk buat nasib baik ada barang2 komplik...



tuan rumah muka tak siap kerana ponat melayan tetamu tapi gembira dan seronok diatas kehadiran tetamu yang memeriahakan majlis...hilang rasa ponat time tu....tima kasih pada2 yang hadir yer..
sebenarnya tak merancang pun untuk buat open house nie..tetapi atas permintaan member2 tempat keja hubby, jadi nya kami pun buatlah untuk menghargai syawal yang mulia ini.
Lagi pun bukan selalu kita dapat berkumpul dan berjumpa cam nie.masa awal tu sempat lah aku snap kehadiran tetamu, lepas tu mmg tak menang tangan lah nek bersnap2 nie..mmg tak dijangka ramai sesangat yang datang..kebetulan plak blok aku tingkat satu bawah tu pun ada open house juga...lagilah riuh dengar budak2 nyer sora...sangka aku ptg dalam area kul 5 ke 6 ker mmg dah habis tetamu..tapi akhirnya kul 10.30mlm baru selesai malis aku..mmg aku tak limitkan pun tetamu datang kul baper sebab nyer tahu mesti ada sesetengah tak boleh datang awal kan..aku start majlis kul 12 dan keatas...jadi nyer any time diaornag nk datangkan..tapi alhamdulillah semua juadah dan makanan ngam2 dan cukup untuk semua tetamu...tetamu terakhirlah yang kena habiskan semua yang ada.....alhamdulillah tiada lah pembaziran..mmg budget dari segi jemputan dan mkan telah dibuat awal....anggaran dalam 100 org juga tetamu yang hadir....tapi weouls tak sempat pun nk berkunjung ruamh yang bawah tu..last2 tetamu diaorang habis awal dia datang umah aku ngan family dia.. akak ita tu pan dah nampak cam letih2 jer..iyeerlah umah dia pun ramai juga tadi....area kul 12 lebih barulh settle semua basuh dan mengemas rumah kembali...esok nyer lepas bangun solat subuh terus terbongkang kembali lotih beb...Ahad tu tak masak apa2 yer sebab ada jemputan open house umah member plak.. harus terjah juga...
terima kasih pada tetamu2 yang hadir di teratak ku...(camlah diaorg baca blog aku kan) tak per2 janji aku tetap nak ucapkan terima kasih juga pada tetamu2 yang sudi hadir..InsyaAllah kaalu diberikan rezeki yang lebih tahun depan kita open2 lagi....aminnnnnnnnnn..


MaMa PaDa 2 OrG PuTeRi

Jumaat, Oktober 10, 2008

Jom Jamu selera yer...

Rumah aku tak dak open house besar-besaran thn nie..sesiapa nak datang harus calling2 bagi
tahu bila nak datang pukul berapa..bukan apa untuk prepare nak masak apakan..takkan org datang rumah nak jamu kuih raya jer kan haruslah ada benda2 berat cam mee ker nasi ker, bihun kerkan..baru lah sempoi sikit...
Budak kecik nie kalau time nak makan kena suh dia duk meja kecik dia tu.kalau tak alamat tak makan lah kita....


kusyuk jer duk makan mee goreng..


haaa ini family mak mas (mak ngasuh Aqisya dan Alyssa)..diaorg datang beraya ke rumah...diaorg call last minit..nasib baik segala stok barangan dah ada dalam peti...lepas diaorg call kata nak datang kul 8 malam, terus zaaasssss kedapur sediakan apa yang patut...

makan yer budak kecikkk ,tolong jangan sepahkan mama dah tak larat nak mop lantailah sayang

Nie mak Mas, kakak Aina dan juga abg Faisal..sila kak sila, sila jamu selera..tak sedap kena cakap sedap tau....malam tu masak mee goreng basah untuk santapan diaorg beserta dengan kuih raya dan juga koktel sebagai pencuci mulut..


ini hasil dari potographer kecik yer..Aqisya yang ambik gambar nie..bagus anak mama ada kemajuan..



malam nie weouls ada jemputan majlis hari raya dalam pangkalan TUDM kuantan....kompomlah ramai malam nie nanti nak makan pun crowded punya..tak per kita tgk apa citer....nanti kalau sempat bergambar kita kasi tunjuk dekat ini blog yer..

MaMa PaDa 2 OrG PuTeRi