Masih belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan "SELAMAT HARI BAPA" terutama sekali buat ayah aku yang aku sayangi, kerana beliau merupakan seorang ayah yang terlalu baik untuk aku, berkorban apa sahaja demi kesenangan dan kebahagian anak2 nya...seorang ayah yang kuat bekerja, seorang ayah yang tegas pada keputusan sehingga anak2 beliau berjaya sampai sekarang...bagi aku ayah aku lah idola aku dalam urusan perniagaan..ayah aku seorang peniaga yang berjaya dan kuat bekerja.."ayah ketahuilah segala nasihat ayah dan juga kasih sayang ayah lieza tak pernah lupakan, setiap nasihat ayah pasti akan menajdi perangsang untuk lieza terus berjaya" terima kasih ayah diatas pengorbanan mu selama ini untuk melihat kebahgiaan anak mu ini.
Kedua nya aku ingin mengucapkan "SELAMAT HARI BAPA" buat suami ku yang tercinta kerana menjadi seorang abah yang begitu menyayangi keluarga, yang tegas dan juga berkorban apa sahaja demi keluarga yang dicintai nya...terima kasih kerana membahagiakan kami dengan penuh kasih sayang dan penuh tanggungjawab.Pengorbanan mu akan sentiasa dihargai hingga akhir hayat. Harapan ayang dan juga anak2 agar abang terus menjadi seorang bapa yang terbaik buat kami, penyayang dan menjadi idola anak2 pada masa hadapan.
terakhir sekali SELAMAT HARI BAPA buat semua lelaki2 yang bergelar bapa dan bakal bergelar bapa..semoga semuanya menjadi bapa yang baik dan penuh tanggungjawab untuk keluarga..
Nota; dengarlah lagu yang bertajuk "AYAH" dendangan dari Aishah...lagu yang begitu syahdu sekali dan banyak memberi kesedaran tentang tanggungjawab seoarng bapa.
MaMa PaDa 2 OrG PuTeRi
1 comments:
TU LA KENGKADANG ADA BENDA YANG MEMBUATKAN KITA TERINGAT HINGGA KE HARI INI KAN,, CAM NASIHAT DIA.. SANGAT BESAR PENGORBANAN BAPA PADA KITA.
Catat Ulasan