Selasa, Disember 02, 2008

Maaf tumpang singgah

Assalamualaikum...
saya tumpang lalu, tumpang singgah untuk mencoret sepatah dua kata atas permintaan pemilik blog ini iaitu nuarliesya (mini sayalah tu)..beliau sekarang tengah risau atas kesihatan anak kami iaitu Alyssa...sudah 4 hari alyssa demam panas, demam nyer tak kebah-kebah, sudah 2 klinik yang kami terjah tapi demam nyer tetap tak surut badan nyer terlalu panas. kerana badan yang terlalu panas tekak nyer menjadi merah ditambah pulak dengan batuk dan selsema.tahap kepanasan nyer sudah mencecah 40darjah calcius..panas mmg panas..
hari ini dah hari keempat alyssa demam, tidak makan dan juga susu pun tak nak minum, ia hanya minta air sahaja.dan sudah 3 malam juga lieza tidur bergilir-gilir waktu dengan saya, hanya 2 jam tido dan bergilir dengan saya.oleh itu saya mewakili tuan punya blog ini memohon kalian-kalian sahabat semua mendoakan agar kesihatan alyssa pulih dan sihat seperti sedia kala, dah 4 hari alyssa tidak senyum, tidak bermain, hanya merengek untuk di peluk dan didukung sahaja,hanya dengan mama nya sahaja yang dia nak..
saya dan lieza memohon agar kalian-kalian bloger mendoakan kesihatan alyssa pulih dan ceria seperti selalu.
Maaf andai kata-kata saya ini tersalah dan menyingung mana-mana pihak..
kami rindu dengan keceriaan alyssa.
AbAh PaDa 2 OrG PuTeRi

9 comments:

oli berkata...

harap alyssa cepat sembuh...apa-apa pun cepat bawa ke hospital...

DYLA berkata...

sekrg musim demam.

moga alyssa cepat sembuh, if tak OK jugak, better bwk ke hospital cek darah tgk mcm ne. sbb skrg dah mcm2 virus muncul.

az1ra berkata...

kalau dia tak aktif waktu demam baik pegi hospital.lagipun dah lama dia demam tu..harap dia cepat sembuh..

sW33tdARLiNG berkata...

siannya....

malam2 sentiasa letakkan tuala basah atas kepala dia...

amy buat cenggitu jer, mmg kalo anak demam, kita tak lelap tidor... sabar je laa erk...

memang musim demam pun skang ni

A.H.A.D berkata...

moga alyssa cpt sembuh...selalu
lap²kan bdn dia ngn towel bsah biar haba leh kuar

Unknown berkata...

ada kasi obat montot ka?

fuadnis berkata...

nis doakan agar alyssa cepat sembuh..be strong yaa..

Tie HT berkata...

saya doakan anakanda cepat sembuh..sihat seperti sediakala..aminn..

Tieha Zuan berkata...

better pergi hospital...

demam lama2 tak boleh dibiarkan